Page 94 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 94

Tatabahasa
                                       Kita Tetap Bersahabat
           Farisha mengirim e-mel kepada rakannya untuk menceritakan aktiviti
           memupuk perpaduan kaum di sekolahnya.

           E-mel

           Daripada: farisha@ymel.com
           Kepada: sindalikan@ymel.com
           Perkara: Aktiviti Perpaduan
           Tujuan saya mengirim e-mel ini adalah untuk bercerita
           tentang aktiviti memupuk  perpaduan di sekolah saya.
           Antara programnya termasuklah pertandingan drama
           muhibah, larian sehati sejiwa, malam  kebudayaan dan
           sukaneka perpaduan. Program itu untuk melahirkan peserta
           yang dapat menjiwai erti perpaduan.
                 Setiap aktiviti dan penyertaan dalam sesebuah
           pasukan perlu melibatkan murid berbilang kaum. Pihak
           sekolah juga mengundang sebuah kumpulan kebudayaan
           dari Sarawak dan Sabah. Mereka  beraksi untuk _meriah_
           malam kebudayaan. Seperti kata pemimpin, rakyat
           mestilah bertoleransi dan mengelakkan perpecahan. Pada
           hari itu, peserta saling _salam_ dan bermaafan.
                 Semangat _kita_ jelas kelihatan melalui program itu.
           Program itu dapat memupuk semangat perpaduan dan
           _kembang_ bakat kerana budaya yang _waris_ bangsa
           perlu _rai_ agar sentiasa subur.

                 Akhir kata, saya berharap  agar saudara  juga
           sudi menceritakan aktiviti perpaduan di sana. Kita
           patut _syukur_ nikmat muhibah di
           negara kita. Saya berharap semoga                 Munsyi Cilik
           tali _saudara_ kita terus terjalin.
           Walaupun jauh di mata, dekat di hati.         Kata berimbuhan apitan ialah kata yang menerima
                                                         imbuhan di hadapan dan di belakang kata dasar.
           Kita tetap bersahabat.                        Contoh: kekitaan, persaudaraan dan bersalaman.
           Sekian, terima kasih.                                            ke-…-an
                                                                imbuhan        kata dasar          imbuhan
                  Aktiviti                                        ke-                  kita                     -an
           Memahami dan menggunakan kata berimbuhan apitan.

                            • Bimbing murid memahami, melengkapkan kata berimbuhan apitan dan membina ayat
                     Nota
                     Guru    mengikut konteks.
           80       5.2.1     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Menganalisis – Menggunakan
                     (iii)
          KPM                 EMK: Nilai Murni – Kerjasama
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99