Page 93 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 93

Seni Bahasa
                                         Indahnya Kemesraan
             Keluarga Farisha ke majlis kenduri perkahwinan. Shu Fen dan Rubini
             turut serta.

            Sebelum pulang …

            Encik Khalid:    Terima kasih kerana sudi menghadiri majlis kami.
            Encik Farid:     Sama-sama. Terima kasih juga atas keenakan juadah yang membuka
                           selera. Langkah kanan kami hari ini. Para pelayan juga manis mulut
                           melayan kami. Persembahan selingan menjadi halwa mata untuk kami.
            Shu Fen:        Pasangan pengantin pula sepadan, bagaikan pinang dibelah dua.
            Encik Khalid:    Saya bersyukur kerana ramai yang datang bergotong-royong.
                           Mereka rajin macam semut. Muafakat membawa berkat. Majlis pula
                           berjalan lancar seperti air.
            Farisha:        Betul, tuan. Saya melihat pelbagai kaum datang memeriahkan
                           majlis. Suasananya sungguh harmoni, bulat air kerana pembetung,
                           bulat kata kerana muafakat. Kami semua ceria bergurau senda.
            Encik Khalid:    Betul, Farisha. Kami berbesar hati menerima kedatangan semua.
            Rubini:         Undangan ini sekali gus menyemarakkan perpaduan antara kita,
                           bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kami minta diri dulu.
            Encik Khalid:    Baiklah. Ambillah bunga telur ini sebagai tanda mata buat semua.


            Setibanya di rumah ...
            Farisha:        Saya bangga akan Encik Khalid kerana menerima kita dengan hati terbuka.
            Rubini:         Encik Khalid juga peramah mengikut resmi padi, makin berisi makin
                           menunduk.












              Saudara-mara
          bergotong-royong agar
           majlis berjalan lancar.        ___                       ___                      ___


                   Aktiviti
             Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan
             bahasa yang santun.

                      • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan
               Nota
               Guru    bahasa yang santun.
               4.1.1    Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik     KBAT: Mengaplikasi – Melaksana         79
                        EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi              PAK-21: Main Peranan
                                                                                                KPM
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98