Page 109 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 109
GAB
E1 PERANCANGAN PdP
ASPEK A1.1: PENGETAHUAN
HURAIAN
• Pengetahuan PdP ialah ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru.
• Pengetahuan PdP berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/ sukatan mata pelajaran yang telah
ditetapkan KPM.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menguasai isi kandungan bidang berkaitan seperti istilah, konsep, dan prosedur
- mempunyai pengetahuan berkaitan dengan isi kandungan dan objektif pembelajaran mata pelajaran yang diajar
- mempunyai pengetahuan berkaitan dengan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard pentaksiran mata pelajaran
yang diajar
• Keupayaan pegawai untuk menguasai pengetahuan pedagogi melalui teknik/ strategi penyampaian yang dirancang
- mempunyai pengetahuan berkaitan dengan penyampaian ilmu dalam pelbagai teknik/ kaedah/ strategi yang berkesan dalam
proses PdP
• Keupayaan pegawai untuk menggabungjalinkan pengetahuan pedagogi dengan isi kandungan dalam merancang PdP
untuk penyampaian yang berkesan
- mempunyai pengetahuan untuk menggabungjalinkan teknik penyampaian dan kandungan mata pelajaran yang diajar dengan
berkesan
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• sukatan mata pelajaran
• DSKP KSSR dan KSSM
• Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
• Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
• Rancangan Pendidikan Individu - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
• buku panduan/ manual yang berkaitan dengan kurikulum buku teks/ buku aktiviti
• bahan bantu mengajar/ bahan bantu belajar
• dokumen lain yang sesuai (termasuk bahan digital)
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Apakah perubahan terbaharu semakan KSSR/ KSSM/ Sistem Modular STPM?
• Mengapakah perubahan tersebut dilakukan oleh KPM?
Garis Panduan Instrumen 83

