Page 111 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 111

GAB







                                                 ASPEK A1.2: PERANCANGAN

                                                           HURAIAN

              •   Perancangan bermaksud rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah/
                  makmal/ pusat pembelajaran dalam jangka masa tertentu.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut prosedur yang
                  ditetapkan
              -  penulisan RPH mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Panitia Mata Pelajaran/ Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
              -  penulisan buku rekod mengikut pekeliling SPI Bil. 3/ 1999

              •    Keupayaan pegawai untuk memilih bahan bantu belajar
              -  pemilihan bahan perlu berdasarkan kesesuaian, mudah digunakan, mesra guru dan murid, serta berkesan sebagai bahan bantu
                untuk memudahkan murid memahami dan menguasai standard kandungan
              •    Keupayaan pegawai untuk menentukan strategi dan teknik pengajaran

              -  mengenal pasti strategi, teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid serta pengurusan masa yang cekap
                dalam proses PdP.



                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
                                                        Semakan Bahan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  Rancangan Pelajaran Harian (RPH)/ e-RPH
               •  Rancangan Pendidikan Individu - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
               •  bahan bantu belajar/ bahan bantu mengajar
               •  buku rekod mengajar
               •  buku teks/ buku aktiviti/ buku rujukan STPM
               •  dokumen lain yang berkaitan































             Garis Panduan Instrumen                          85
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116