Page 191 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 191
GBK
E2 PELAKSANAAN
ASPEK A2.1: PENGURUSAN FAIL DAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
• Menyediakan, menguruskan dan mengemaskinikan profil murid, sistem fail dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menyediakan fail dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K
- menyediakan fail perkhidmatan B&K untuk pendokumentasian untuk rujukan seperti yang disarankan oleh KPM
• Keupayaan pegawai untuk menguruskan fail dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K
- memastikan fail perkhidmatan B&K terurus secara sistematik
• Keupayaan pegawai untuk mengemaskinikan fail dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K
- mengemaskinikan fail perkhidmatan B&K dengan tersusun
- menulis dan mengemas kini Buku Rekod Perkhidmatan B&K secara berterusan
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• fail di bilik B&K
• fail rekod kehadiran sesi B&K
• Buku Rekod Perkhidmatan B&K
• analisis mingguan, bulanan & tahunan, bilangan kehadiran dan sesi B&K
• bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Berapakah sesi B&K yang telah dijalankan?
• Apakah fail yang telah disediakan yang berkaitan dengan B&K?
• Bagaimanakah anda menguruskan fail di bilik B&K?
Garis Panduan Instrumen 149

