Page 193 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 193
GBK
ASPEK A2.2: PENGURUSAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
• Menyediakan dan menguruskan bilik/ ruang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K).
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menyediakan dan menguruskan bilik/ ruang perkhidmatan B&K
- menyediakan dan menguruskan bilik/ ruang perkhidmatan B&K dengan baik dan kondusif selaras dengan buku panduan
perkhidmatan B&K oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2015
• Keupayaan pegawai untuk mempamerkan kreativiti dalam bilik/ ruang B&K
- mempamerkan kreativiti dalam bilik/ ruang B&K dengan menarik dan kondusif
• Keupayaan pegawai untuk menyediakan sudut maklumat B&K
- menyediakan sudut maklumat B&K seperti maklumat kerjaya, psikososial dan pembangunan diri
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• carta organisasi B&K
• jadual perkhidmatan B&K
• perancangan tahunan B&K
• maklumat B&K seperti maklumat kerjaya, psikososial, pembangunan diri
• bilik B&K yang kondusif (kemas, menarik dan bersih)
• papan kenyataan yang selalu dikemas kini dengan info-info B&K yang terkini
• rak-rak dan fail di bilik B&K
• hiasan yang sesuai dan menarik
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Bagaimanakah cara untuk mengekalkan keselesaan dan kekemasan di bilik B&K?
• Bagaimanakah cikgu menguruskan masa untuk memastikan bilik B&K ini sentiasa berada dalam keadaan selesa?
Pemerhatian
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• bilik/ ruang kaunseling individu, kelompok dan pengurusan
• papan kenyataan
• rak-rak fail
• hiasan yang sesuai
• contoh-contoh lain yang sesuai
Garis Panduan Instrumen 151

