Page 207 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 207
GBK
ASPEK A3.2: PENGENDALIAN UJIAN PSIKOMETRIK
HURAIAN
• Mentadbir ujian psikometrik dan seterusnya menilai keputusan ujian yang diperoleh. Pegawai juga berupaya untuk
mengemukakan hasil ujian serta memberi bimbingan berdasarkan keputusan ujian psikometrik yang dilaksanakan.
• Pelaksanaan pentaksiran psikometrik boleh dirujuk dalam Surat Siaran Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik untuk Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah 2019 (rujukan KPM.600-14/1/60/JLD.10 (14) ) bertarikh 23 Januari 2019.
• Tindakan
- menyediakan instrumen psikometrik sekolah menengah
- pentadbiran ujian dan pengiraan skor
- analisis data
- intervensi
- tindakan susulan
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk mentadbir ujian psikometrik
- mentadbir ujian psikometrik kepada setiap pelajar tahun 6, tingkatan 1, 3, 4 dan 5.
• Keupayaan pegawai untuk menilai keputusan ujian psikometrik
- menilai dan menyediakan pelaporan ujian psikometrik bagi setiap pelajar tahun 6, tingkatan 1, 3, 4 dan 5
• Keupayaan pegawai untuk memberi bimbingan berdasarkan ujian psikometrik
- menjalankan sesi kaunseling dan intervensi kepada pelajar yang berkeperluan
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• inventori psikometrik
• intervensi psikometrik (bimbingan kerjaya)
• rekod profil klien/ murid
• laporan/analisis dan data skor ujian psikometrik
• bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Mengapakah ujian ini perlu dijalankan?
• Apakah jenis Instrumen Psikometrik yang digunakan?
• Apakah tindakan anda selepas ini?
Garis Panduan Instrumen 165

