Page 315 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 315
PT (B)
E1 KEPIMPINAN
ASPEK A1.1: BERWAWASAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI
HURAIAN
• Merangka dan melaksana kemajuan atau perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat visi dan misi sesebuah organisasi.
- Visi – Suatu pandangan jauh ke depan daripada individu atau suatu organisasi, berkaitan dengan tujuan yang ingin dicapai.
- Misi – Segala sesuatu (strategi/ tindakan) yang harus dilakukan untuk mewujudkan visi. Misi organisasi merupakan tujuan
dan alasan berdirinya sebuah organisasi dan menjadi pedoman dan arahan dalam mencapai tujuan organisasi.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk memahami, menterjemah dan menyebarkan visi dan misi organisasi
- menjelaskan visi dan misi organisasi berdasarkan bidang tugas
- merancang program yang menyokong kepada visi dan misi organisasi
- membuat perancangan untuk pelaksanaan program
• Keupayaan pegawai untuk melaksanakan program yang menyokong hala tuju organisasi
- melaksanakan program mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi menyokong hala tuju organisasi
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• visi organisasi
• misi organisasi
• minit mesyuarat maklum balas
• risalah
• portal rasmi
• pelan strategik organisasi
• keberhasilan
• MyPortfolio
• manual prosedur kerja
• dokumen lain yang berkaitan
Garis Panduan Instrumen 241

