Page 317 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 317
PT (B)
ASPEK A1.2: KEPIMPINAN ORGANISASI
HURAIAN
• Kepimpinan organisasi memerlukan pemimpin/ pegawai menterjemah dan melaksanakan dasar dan trend perubahan, menyelia,
memantau program/ operasi/ aktiviti dan memberi nasihat atau bimbingan profesional secara berkesan.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menterjemahkan dan melaksanakan dasar dan trend perubahan dalam pembangunan
organisasi mengikut bidang tugas
- menyediakan perancangan dan tindakan berpandukan dasar dan perubahan mengikut bidang tugas
• Keupayaan pegawai untuk menyelia pelaksanaan program atau aktiviti atau operasi organisasi mengikut bidang tugas
- mengenal pasti jenis operasi mengikut keperluan bidang tugas seperti: taklimat, bengkel, pemantauan atau pencerapan
- menyemak Prosedur Operasi Standard (SOP)
- membuat persediaan untuk pelaksanaan operasI
• Keupayaan pegawai untuk memantau program atau aktiviti atau operasi organisasi mengikut bidang tugas
- memastikan operasi dilaksanakan mengikut SOP
- mengenal pasti kekangan dalam pelaksanaan operasi
• Keupayaan pegawai untuk memberikan khidmat nasihat profesional mengikut bidang tugas
- memberikan khidmat nasihat selaras dengan bidang tugas
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• minit mesyuarat
• surat arahan
• rekod penyeliaan atau pemantauan
• dokumen keberhasilan
• laporan khidmat nasihat atau laporan pemantauan
• dokumen lain yang berkaitan
Garis Panduan Instrumen 243

