Page 378 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 378
KAUNSELOR
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (SKPPK)
• jadual pemantauan
• data kumpulan sasaran
• surat atau memo pekeliling berkaitan
• Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau keberhasilan
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Adakah sesi pemantauan termasuk dalam bidang tugas anda?
• Apakah aspek yang dipantau dan instrumen yang digunakan dalam pemantauan?
• Siapakah yang terlibat dalam pemantauan?
• Bagaimanakah anda memantau perkhidmatan kaunseling?
• Bagaimanakah anda memantau kes kaunseling?
• Jika berlaku perubahan perancangan pemantauan perkhidmatan kaunseling atau kes kaunseling, apakah tindakan anda?
Pemerhatian
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• penilaian dilakukan secara tidak formal (melalui mesyuarat dan temu bual dengan rakan sekerja)
Garis Panduan Instrumen 291

