Page 381 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 381
KAUNSELOR
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk memberikan maklum balas jika perlu
- akur kepada prosedur maklum balas mengikut piagam pelanggan
- boleh memberikan maklum balas atau pelaporan sesi untuk kes rujukan
- maklum balas hanya diberikan kepada Ketua Jabatan untuk klien yang dirujuk atau atas permintaan klien
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• borang-borang perkhidmatan kaunseling atau Sistem Maklumat (e-2PK)
• Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor)
• Akta 580 (Akta Kaunselor 1998)
• surat atau memo arahan yang berkenaan
• Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau Keberhasilan
• Sistem Maklumat (e-2PK) atau buku log sesi atau rekod kaunseling
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Jelaskan maksud sesi kaunseling yang profesional.
• Berapa lamakah anda menyediakan laporan sesi?
• Kepada siapakah maklum balas diberikan?
• Bagaimanakah anda mengekalkan kerahsiaan dalam sesi kaunseling?
• Berapakah sasaran sesi kaunseling yang dilaksanakan pada tahun ini?
• Adakah anda mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?
• Buktikan anda mengendalikan bimbingan dan kaunseling secara profesional.
• Apakah prosedur yang diambil jika Ketua Jabatan memerlukan maklum balas berkaitan klien?
Pemerhatian
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• penilaian dilakukan secara formal semasa kaunselor mengadakan sesi kaunseling individu atau kelompok dan penilaian tidak formal
boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan PYD.
Garis Panduan Instrumen 294

