Page 55 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 55

GENERIK






             E3 POTENSI


                            ASPEK A3.1: KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

                                                           HURAIAN
              •   Menetapkan hala tuju dan menggerakkan sumber di organisasi untuk mencapai visi dan misi.
              •   Memimpin/ membimbing rakan sekerja
              •   Membuat keputusan untuk kepentingan organisasi


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk menetapkan hala tuju/ matlamat organisasi/ sasaran
              -  menentukan matlamat bagi memastikan kejayaan organisasi (Visi) dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut (Misi)
              -  keupayaan pegawai untuk mendepani cabaran, menyelesaikan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri pada situasi masa
                hadapan.

              •    Keupayaan pegawai untuk membangkitkan komitmen pasukan
              -  berupaya merangsang rakan sekerja untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja berkumpulan dalam menetapkan hala tuju
                organisasi.

              •    Keupayaan pegawai untuk mempunyai keinginan untuk memimpin individu yang lain dalam usaha mencapai matlamat
                  organisasi/ sasaran
              -  bersedia untuk membimbing rakan sekerja dalam tugasan bagi mencapai matlamat organisasi
              -  keupayaan mempengaruhi rakan sekerja ke arah mencapai matlamat organisasi
              -  berupaya mempengaruhi subordinat untuk mematuhi peraturan dan arahan dalam organisasi

              •    Keupayaan pegawai untuk membuat keputusan secara berkesan mengikut organisasi/ agensi

              -  Keupayaan membuat keputusan yang mampu mendatangkan impak positif kepada organisasi
              -  Keupayaan membuat keputusan yang selari dengan matlamat organisasi.


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN

                                                        Semakan Bahan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  visi dan misi
               •  perancangan strategik
               •  minit mesyuarat
               •  laporan tahunan
               •  analisis data
               •  sasaran keberhasilan
               •  bahan-bahan  lain yang sesuai

                                                          Temu Bual
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  Adakah keputusan yang dibuat memberikan impak kepada organisasi?
               •  Adakah anda faham hala tuju organisasi?








             Garis Panduan Instrumen                          43
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60