Page 10 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 10

17.  PUSMA  juga  perlu  memberi  peringatan  kepada  peserta  bahawa  MARA
                           tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang keselamatan data peserta
                           sama  ada  sebelum/semasa/selepas  kursus  secara  atas  talian  ini
                           dilaksanakan, dan peserta hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-
                           hati dalam melakukan sebarang perkongsian data di sepanjang kursus ini
                           dilaksanakan

                     18.  BPU akan mengemukakan template ‘TAHNIAH’ kepada PUSMA beserta
                           Peraturan Penggunaan MARA Webinar dan lampiran-lampiran lain yang
                           berkaitan dengan kursus tersebut.

               B.      SEMASA KURSUS

                     1.    PUSMA  perlu  memberi  ucapan  kata  laluan  dan  menasihatkan  semua
                           peserta mengikuti setiap sesi kursus dari mula hingga tamat.

                     2.    PUSMA  hendaklah  mengumpul  maklumbalas  setiap  peserta  yang  diisi
                           melalui link https://bit.ly/MaklumbalasKursusOnline.

                     3.    PUSMA  juga  perlu  membuat  penilaian  kursus  melalui  link  yang  sama
                           (https://bit.ly/MaklumbalasKursusOnline)  di  samping  merakam  beberapa
                           keping gambar paparan skrin semasa kursus dijalankan.

                     4.    PIC BPU pula bertanggungjawab untuk memantau perjalanan kursus dari
                           mula hingga tamat dan juga membuat penilaian kursus melalui link yang
                           sama  (https://bit.ly/MaklumbalasKursusOnline)  di  samping  merakam
                           beberapa keping gambar paparan skrin semasa kursus dijalankan.



               C.      SELEPAS LATIHAN

                     1.    Pemudah cara perlu mengemukakan laporan pelaksanaan kursus kepada
                           PUSMA selewat-lewatnya 5 hari dari tarikh akhir kursus beserta gambar-
                           gambar paparan skrin semasa kursus dijalankan, gambar poster, captions,
                           senarai nama peserta dan isu-isu yang dibincangkan.

                     2.    PUSMA  hendaklah  mengemukakan  laporan  penilaian  kursus  beserta
                           laporan pelaksanaan kursus dari pemudah cara dan maklumbalas peserta
                           kepada PIC BPU selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akhir kursus.

                     3.    PIC BPU pula hendaklah mengumpul semua laporan kursus yang diterima
                           dari  PUSMA-PUSMA,  membuat  penilaian  bagi  setiap  pelaksanaan  di
                           negeri berkaitan dan keseluruhan program dan seterusnya mengemukakan
                           semua perkara tersebut kepada Ketua Program MERIT selewat-lewatnya
                           10 hari dari tarikh akhir kursus terakhir di bawah program itu dijalankan.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15