Page 8 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 8

TATACARA PELAKSANAAN KURSUS SECARA ONLINE

               A.   SEBELUM KURSUS

                     1.    Pemudahcara  mengemukakan  sebutharga  dan  modul  kursus      kepada
                           Bahagian  Pembangunan  Usahawan  (BPU)  /  PUSMA  (nota:  semua
                           program  dan  modul  kursus  yang  dicadangkan  hendaklah  mendapat
                           pengesahan dari BPU sebelum pemudah cara mengemukakan sebutharga
                           dan modul kursus tersebut).

                     2.    PUSMA perlu membentang dan mendapatkan kelulusan kursus dan juga
                           pengesahan  pelantikan  pemudah  cara  di  peringkat  Jawatankuasa
                           Pembangunan  Usahawan  Peringkat  Negeri  dengan  kaedah  pembelian
                           terus  sekiranya  melibatkan  peruntukan  kurang  daripada  RM20,000.00
                           sepertimana arahan berikut:-

                           a)  Surat Edaran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA Bil. 2/2015,
                              bertarikh  10  Disember  2015  bertajuk  “Kadar  Bayaran  Bagi
                              Perkhidmatan  Runding  Cara  Dan  Penceramah  Kursus/Latihan
                              Keusahawanan Untuk Program Pembangunan Usahawan MARA”; dan

                           b)  Surat Edaran Unit Penyelaras Bil. 2/2018, bertarikh 16 Januari 2018
                              bertajuk  “Keahlian  &  Bidang  Tugas  Jawatankuasa  Di  Peringkat
                              Bahagian/Pusat MARA”

                           c)  Kaedah Perolehan MARA (PK2.1) muka surat 11 dan 75

                           d)  Surat Perwakilan  Kuasa  Perolehan  MARA  –  Kuasa  Menandatangani
                              Suratan  Dan  Surat  Cara  (Tanpa  Meteri)  Dan  Kuasa  Melulus  Dan
                              Melaksanakan  Perolehan  Sehingga  RM20,000.00,  bertarikh  27  April
                              2020.

                     3.    PUSMA  perlu  menyedia  dan  mengemukakan  surat  lantikan  (seperti  di
                           lampiran) kepada pemudah cara melalui e-mel setelah mendapat kelulusan
                           di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat Negeri.

                     4.    BPU akan memberi standard poster iklan dan juga link pendaftaran peserta
                           kepada Pejabat MARA Negeri (PMN) yang terlibat serta akan memuatnaik
                           iklan tersebut di Facebook Bahagian Pembangunan Usahawan MARA (FB
                           BPU).

                     5.    PMN  perlu  share  page  poster  iklan  kursus  tersebut  di  Facebook  PMN,
                           Pejabat MARA Daerah (PMD) dan yang berkaitan bagi hebahan kursus.

                     6.    PUSMA hendaklah mengiklankan program dalam jangkamasa 5 - 7 hari
                           sebelum tarikh kursus bermula.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13