Page 9 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 9
7. Dalam tempoh tersebut, usahawan akan mula mendaftar.
8. Iklan hendaklah ditutup pada hari ke 3 selepas ianya mula diiklankan. BPU
akan memberi katalaluan kepada PUSMA yang terlibat untuk
mengenalpasti / memproses / mengumpul data permohonan.
9. Bilangan maksima peserta bagi setiap kursus adalah seramai 20 orang
sahaja. PUSMA dikehendaki untuk membuat pemilihan peserta mengikut
kriteria yang telah ditetapkan iaitu :
a. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
b. Berumur kurang daripada 60 tahun;
c. Telah memulakan perniagaan walaupun kurang dari 1 tahun;
d. Keutamaan kepada peserta dari negeri yang terlibat sahaja;
e. Mengikut kategori Teras (TI/T2/T3) yang telah ditetapkan.
10. PUSMA perlu mendapatkan pengesahan senarai peserta yang berjaya
tersebut daripada PMN yang terlibat dan memaklumkan kepada Pegawai
Pemantau (PIC) BPU.
11. PUSMA hendaklah merekod dengan lengkap data peserta sepertimana
format data peserta Program MERIT yang disediakan oleh BPU di dalam
Laporan Bulanan PUSMA.
12. PUSMA perlu melengkapkan dan mengemukakan Borang Permohonan
MARAeps kepada pegawai BPU yang bertanggungjawab bagi tujuan
pendaftaran di MARAeps untuk urusan bayaran yuran penyertaan oleh
peserta yang dipilih.
13. Peserta yang terpilih perlu dimaklumkan melalui e-mel group oleh PUSMA.
14. BPU akan menyediakan link pendaftaran kursus kepada PUSMA.
15. Peserta perlu membuat bayaran selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh
kursus melalui MARAeps dengan kod yuran penyertaan program MERIT
iaitu 001-063-PPP-77403.
16. PUSMA akan memaklumkan link pendaftaran kursus berkenaan kepada
peserta yang telah membuat bayaran yuran kursus.

