Page 110 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 110

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1


                                  (b)    Penubuhan Jawatankuasa untuk Menimbangkan Bantahan


                                         (1)    Apabila terdapat bantahan dari petender, Pusat hendaklah
                                                menubuhkan  jawatankuasa  untuk  menimbang  serta
                                                memutuskan  bantahan  yang  dibuat  oleh  petender.
                                                Jawatankuasa  ini  hendaklah  dipengerusikan  oleh  wakil
                                                Pusat yang membuat tawaran dengan  dua (2) orang ahli
                                                lain  yang  terdiri  daripada  wakil  Perbendaharaan  dan
                                                seorang  pegawai  dari  Pusat  lain  yang  berpengetahuan
                                                dan berpengalaman dalam bidang tersebut.

                                         (2)    Sekiranya  bantahan  didapati  berasas,  tender  tersebut
                                                hendaklah  dibatalkan  dan  ditender  semula  mengikut
                                                spesifikasi yang telah disemak semula.


                           (x)    Pembukaan Tawaran Tender

                                  (a)    Keahlian Jawatankuasa Pembuka Tender

                                         (1)    Jawatankuasa  Pembuka  Tender  hendaklah dianggotai
                                                sekurang-  kurangnya  oleh  dua  (2)  orang pegawai,  di
                                                mana  seorang  daripadanya  hendaklah terdiri  daripada
                                                pegawai  Kumpulan  Pengurusan  dan Profesional  atau
                                                setaraf.     Sekiranya       Bahagian/Unit       berkenaan
                                                kekurangan  pegawai,  pelantikan  boleh  dibuat  di
                                                kalangan  pegawai  daripada  Bahagian/Unit lain dalam
                                                Pusat tersebut.

                                         (2)    Pelantikan  ahli  Jawatankuasa  Pembuka  Tender
                                                hendaklah  dibuat  secara  bertulis  oleh  Pengarah
                                                Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan (BAP).




                                  (b)    Tugas Jawatankuasa Pembuka Tender

                                         Jawatankuasa       Pembuka      Tawaran      Tender     hendaklah
                                         memastikan  perkara-perkara  yang  dinyatakan  di  bawah
                                         dilaksanakan dengan sempurna:

                                         (1)    Peti  tawaran  dibuka  secepat  mungkin  selepas  tender
                                                ditutup.

                                         (2)    Setiap  tawaran  tender  yang  diterima,  dibuka  dan
                                                disemak     nombor      siri   dengan    rekod    penjualan
                                                dokumen.




                                                         M.S. 45/132
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115