Page 127 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 127
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
(vii) Tanggungjawab Pegawai Mengawal Program (PMP) Dan Urus Setia
Tender
(a) Setiap PMP dan Urus Setia adalah bertanggungjawab
memastikan semua urusan perolehan dilaksanakan mengikut
peraturan dan dasar perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
(b) Urus Setia Tender yang menguruskan tender sesuatu Pusat
hendaklah menyediakan Kertas Taklimat Tender untuk
pertimbangan Lembaga Perolehan. Urus Setia Tender adalah
bertanggungjawab memastikan peraturan perolehan yang
berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya serta memberi nasihat
kepada Lembaga Perolehan MARA. Tanggungjawab Urus Setia
Tender adalah seperti yang nyatakan dalam Tatacara
Pengurusan Perolehan M A R A Secara Tender.
(c) BAP adalah bertanggungjawab menyelenggara satu daftar
berkaitan dengan semua tender yang dilaksanakan. Seksyen
Pematuhan, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian
Kewangan akan melakukan naziran ke atas proses tender yang
dilaksanakan oleh MARA dari semasa ke semasa.
11. Garis Panduan Tugasan Ke Luar Negara Berkaitan Perolehan MARA
Perbendaharaan telah menetapkan garis panduan tugasan ke luar negara
berkaitan perolehan Kerajaan untuk dipatuhi oleh MARA.
(i) Jenis Tugasan
Jenis tugasan ke luar negara dikategorikan kepada dua (2) seperti
berikut:-
(a) Tugasan sebelum pelawaan tender adalah tugasan yang dibuat
sebelum MARA membuat pelawaan sesuatu tender; dan
(b) Tugasan selepas pelawaan tender adalah tugasan yang
dilaksanakan selepas pelawaan sesuatu tender.
(ii) Kuasa Melulus
(a) Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk meluluskan semua
permohonan tugasan sebelum pelawaan tender ke luar negara,
manakala permohonan kelulusan tugasan selepas pelawaan
tender hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perolehan Kerajaan,
Kementerian Kewangan.
M.S. 62/132

