Page 122 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 122

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1


                                         Lembaga Perolehan ‘B’

                                          Pengerusi        :  Ketua Pengarah MARA

                                          Ahli             :  a.  Timbalan Ketua Pengarah MARA
                                                                  (Pengerusi Silih Ganti)
                                                                  Wakil KKLW dari Kumpulan
                                                             b.
                                                                  Pengurusan &
                                                                  Profesional (P&P)
                                                             c.  Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja
                                                                  Raya (JKR)
                                                             d.  Pengarah Bahagian MARA;
                                                                     i.  BKW; atau
                                                                     ii.  BDPS; atau
                                                                     iii. BUU
                                          Urus Setia       :  Setiausaha Majlis MARA
                                          Korum            :  3 orang wakil ahli termasuk Pengerusi.
                                                             Kehadiran wakil Ketua Pengarah JKR

                                                             (lantikan JKR) adalah diwajibkan.

                            (iv)  Tanggungjawab Lembaga Perolehan

                                  (a)    Tertakluk  kepada  had  kuasa  yang  ditetapkan,  Lembaga
                                         Perolehan  adalah  bertanggungjawab  mempertimbang  dan
                                         menyetuju terima tender berasaskan kepada prinsip, dasar dan
                                         peraturan  Kerajaan.  Antara  tanggungjawab  dan  tugas- tugas
                                         Lembaga Perolehan adalah seperti berikut:

                                         (1)    Memeriksa dan meneliti pendaftaran dengan Kementerian
                                                Kewangan       atau   Lembaga      Pembangunan  Industri
                                                Pembinaan Malaysia  (CIDB) iaitu  Perakuan Pendaftaran
                                                Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan  (SPKK)
                                                serta  Sijil  Taraf  Bumiputera  (STB)(jika  berkaitan),  iklan
                                                tender,  spesifikasi  tender, dokumen  tender  (jika  perlu),
                                                jadual  tender  yang  disediakan  oleh  ]awatankuasa
                                                Pembuka Tender, laporan penilaian teknikal dan laporan
                                                penilaian kewangan dan lain-lain;

                                         (2)    Memastikan semua  pelawaan tender  mematuhi tatacara
                                                pengurusan  tender  yang  berkuat  kuasa.  Bagi  tender
                                                bekalan,  pelawaan  hendaklah  di  kaIangan  pembuat
                                                sahaja  dan  jika  tiada  pembuat  tempatan,  tender
                                                hendaklah  dipelawa  di  kalangan  pembekal. Tender tidak
                                                boleh  dipelawa  bersekali di  kalangan pembuat tempatan
                                                dan pembekal;


                                                         M.S. 57/132
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127