Page 163 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 163
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-
syarat am yang berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau
diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.
1. KEADAAN BARANG
i. Semua barang hendaklah tulin, baru dan belum digunakan dan mengikut spesifikasi
yang dinyatakan dalam Lampiran Q2.
ii. Sila sertakan bersama Contoh Katalog Sebenar.
2. HARGA TAWARAN
i. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan
yang berkaitan.
ii. Kos secara Lump Sum TIDAK diterima.
i. Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST
3. TAWARAN SEBUT HARGA
i. Hanya tawaran PERTAMA akan dipertimbangkan. Tawaran kedua / alternatif TIDAK akan
dipertimbangkan sebagai tawaran sebut harga.
ii. Harga tawaran hendaklah terus sah selama tempoh Sembilan Puluh (90) Hari dari tarikh
tutup sebut harga.
4. BARANG-BARANG SETARA
i. Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat
butir-butir penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
i. MARA tidak terikat untuk menyetuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga.
ii. MARA juga berhak untuk menerima hanya sebahagian daripada tawaran.
iii. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.
6. BON PELAKSANAAN
i. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi bon perlaksanaan berjumlah 2.5%
daripada harga bagi kontrak-kontrak yang bernilai di antara RM200,001.00 hingga
RM500,000.00.
ii. Bon Perlaksanaan ini hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau
Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful, dalam Ringgit
Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan Malaysia.
iii. Bon Perlaksanaan ini akan dikembalikan sesudah kontrak/pembekalan disempurnakan
dengan memuaskan dan mengikut kaedah dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa
semasa.
7. PEMERIKSAAN
i. MARA adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh
seorang Pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain
sebelum penyerahan.
ii. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.

