Page 165 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 165
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
Dokumen Sebut Harga pada tarikh tutup sebut harga.
iii. Sekiranya penyebut harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka
Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan menawarkan Harga Sebut
Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya
Penyebut harga yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga
Sebut Harga Tanpa GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.
iv. Bagi Penyebut harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST 2014,
namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 setelah Harga Sebut
Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan, maka Penyebut harga yang
berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan
dengan kenaan GST semasa bagi baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.
14. PEMBUNGKUSAN
i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan.
ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh pembekal.
15. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal
barang-barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
16. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk cukai, unsur-unsur cukai adalah
dikehendaki ditunjukkan berasingan.
17. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
18. PEMBUNGKUSAN
i. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak
dibungkus.
ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja
pembungkusan.
iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebutharga.
19. PENDAFTARAN
i. Kementerian Kewangan Malaysia dan Pengiktirafan Bumiputra
ii. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/CIBD & Pengiktirafan Bumiputera
20. PENALTI / DENDA
i. Sekiranya Penyebut harga masih gagal membuat penghantaran dalam jangka masa yang
telah ditetapkan oleh MARA;
ii. Tidak mematuhi arahan Pegawai tanpa apa-apa sebab yang munasabah. Penalti/Denda
akan dikenakan ke atas mana-mana Penender menggunakan perkiraan seperti berikut:
V x D X 0.02 x 1/30 (nilai harga bekalan yang lewat dibekalkan (V) dan bilangan hari lewat
dari tempoh penghantaran 9D). Denda tersebut akan dikira mulai hari pertama selepas
tamat tempoh pembekalan bagi setiap item.

