Page 164 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 164
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan PK 2.1
8. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
i. Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang dan perkhidmatan
yang dibekalkan adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan
di dalam pelawaan ini.
ii. Penyebut harga dikehendaki mengisi diruang Spesifikasi Pembekal dengan
menggunakan perkataan atau angka sahaja dengan jelas.
9. PENOLAKAN
i. Barang-barang yang rendah mutunya atau berlainan daripada barang-barang yang telah
dipersetujui dalam sebut harga boleh ditolak.
ii. MARA tidak bertanggungjawab atas sebarang perbezaan harga yang ditawarkan.
iii. Segala perbelanjaan/kerugian bagi barangan atau perkhidmatan yang ditolak adalah
tanggunjawab pembekal.
iv. MARA berhak membatal Pesanan Kerajaan/Surat Tawaran sekiranya pembekal tidak dapat
membekal barang atau perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.
v. Fasa kecil i, ii, iii dan iv di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak MARA untuk
mendapatkan gantirugi kerana kemungkiran kontrak.
10. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan
dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua
Pengarah MARA terlebih dahulu.
11. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut
dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya
kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan
jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.
12. INSURAN
Tiada apa-apa insuran atau barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau
dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA
13. CUKAI
i. Penyebut harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil kira bayaran
cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Goods and Services Tax
Act 2014 – Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST).
Meskipun demikian penyebut harga masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam
Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan
pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan,
undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-
mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan
perolehan ini.
ii. Penyebut harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan Jabatan
Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk pengisytiharan tersebut,
satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
beserta dengan nombor pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan

