Page 82 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 82
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
(5) Maksud kontraktor tempatan Gred G2 adalah
kontraktor yang berdaftar dengan CIDB di daerah
berkenaan. Sekiranya bilangan kontraktor di daerah
berkenaan tidak mencukupi, kontraktor di negeri
berhampiran / sempadan boleh dipelawa.
(6) Bagi kerja-kerja kecil yang hendak dijalankan oleh PMP
di bangunan guna sama (Bangunan yang digunakan oleh
pelbagai Kementerian/Jabatan/ Badan Berkanun)
kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada
Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana
Menteri; dan
(7) Untuk kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang
melibatkan bangunan yang disewa, kebenaran tuan
punya bangunan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Kementerian/Jabatan bolehlah menggunakan
perkhidmatan perunding yang bertanggungjawab ke atas
bangunan tersebut dan jika perunding berkenaan
enggan, Kementerian/Jabatan bolehlah melantik
perunding sendiri dengan mengikut peraturan semasa.
(8) BBS sahaja dibenarkan untuk melaksanakan perolehan
secara tender sahaja yang bernilai RM500,000 ke
atas secara Wang Kos Prima seperti kerja-kerja
mekanikal dan elektrik.
(9) Dalam menentukan kaedah perolehan secara sebut
harga, pusat hendaklah mengambil kira nilai perolehan
tahunan atau nilai kontrak. Pusat adalah dilarang
memecah kecilkan perolehan bekalan, perkhidmatan
atau kerja bagi mengelakkan pelawaan sebut
harga/tender.
(iv) Dokumen Sebut Harga
(a) Bagi pelawaan sebut harga bekalan dan perkhidmatan dokumen
sebut harga iaitu Borang Lampiran Q hendaklah diguna pakai.
Borang Lampiran Q boleh diubah suai mengikut keperluan
Pusat. Dokumen sebut harga merupakan sebahagian daripada
kontrak dan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
M.S. 17/132

