Page 84 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 84

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1



                           (v)    Penjualan Dokumen Sebut Harga

                                  Kadar  bayaran  dokumen  sebut  harga  adalah  RM6.00  di  mana
                                  pecahan adalah seperti berikut:


                                               Harga Dokumen              RM 5.66
                                               GST                        RM 0.34



                                  Pengiraan  sebut  harga  yang  mempunyai  pelan/lukisan,  harga
                                  semuka  mestilah  mengikut  kadar  bayaran  maksimum RM50.00  bagi
                                  satu  (1)  set  dokumen  sebut  harga.  Sekiranya  sebut  harga  yang
                                  dipelawa tidak mendapat sambutan, Pusat hendaklah mempelawa sebut
                                  harga  semula  secara  percuma.  Pusat  tidak  dibenarkan  menjual
                                  dokumen secara tunai dan menggunakan wang pos/bank deraf/kiriman
                                  pos berpalang (postal order) dan dibayar atas nama “Majlis Amanah
                                  Rakyat”.


                           (vi)   Tatacara Menguruskan Sebut Harga

                                  (a)  Pusat  hendaklah  membuat  pelawaan  dengan  mengemukakan
                                       dokumen  sebut  harga  kepada  pembuat  /  pembekal  /  kontraktor
                                       yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau CIDB, yang
                                       mana berkenaan.


                                  (b)  Pusat hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebut harga (notis
                                       sebut  harga)  di  papan  kenyataan  awam  Pusat  masing-masing,
                                       selain daripada mempelawa sebut harga kepada penyebut harga
                                       yang telah dikenal pasti.

                                  (c)  Tempoh pelawaan sebut harga hendaklah sekurang – kurangnya
                                       tujuh (7) hari berturut – turut dan pemberitahuan / notis sebut harga
                                       hendaklah  sentiasa  dipamerkan  di  papan  kenyataan  sepanjang
                                       tempoh  tersebut.  Sekiranya  sebut  harga  melibatkan  taklimat  /
                                       lawatan  tapak  /  premis  tujuh  hari  hendaklah  dikira  mulai  tarikh
                                       taklimat / lawatan tapak / premis. Pusat hendaklah mensyaratkan
                                       bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor

                                       (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ
                                       atau  bagi  pembekal  yang  berdaftar  dengan  Kementerian
                                       Kewangan  hanya  penama  di  Sijil  Akuan  Pendaftaran  Syarikat
                                       sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut


                                                         M.S. 19/132
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89