Page 79 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 79

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1


                                  (b)   Memastikan perolehan jenis item yang sama dalam setahun yang
                                        melebihi  had  nilai  pembelian  terus  dibuat  mengikut  peraturan
                                        perolehan semasa yang ditetapkan;

                                  (c)   Mengambil tindakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP)
                                        59 sekiranya pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan gagal
                                        mematuhi  peraturan  semasa  yang ditetapkan; dan

                                  (d)   Bahagian  Audit  Dalam  MARA  bertanggungjawab  memantau
                                        pelaksanaan     perolehan     secara     pembelian     terus     dan
                                        perolehan  selanjutnya  bagi  jenis  item  yang  sama  agar  Pusat
                                        mematuhi peraturan  ini  dan tidak memecah  kecil perolehan. Satu
                                        rekod  lengkap  mengenai  jenis  item  yang  dibeli,  nama pembekal
                                        dan  nilai  perolehan  hendaklah  disimpan  oleh  Pusat  dan
                                        dikemukakan  kepada  BAP  setiap  bulan  serta  disalinkan  kepada
                                        Bahagian Audit Dalam M A R A .


                   6.      Lantikan Terus

                           (i)    Kaedah lantikan  terus  hanya  ditetapkan  bagi  perolehan  kerja. Kerja-
                                  kerja  yang  bernilai  tidak  melebihi  RM20,000  boleh  dibuat  secara
                                  lantikan  terus  di  kalangan  kontraktor  Gred  G1  yang  berdaftar  dengan
                                  CIDB  dan  mempunyai  Sijil  Perolehan  Kerja  Kerajaan (SPKK) dan Sijil
                                  Taraf Bumiputera (STB).


                   7.      Sebut Harga

                           (i)    Peraturan Sebut Harga

                                  (a)    PMP hendaklah mengambil kira nilai perolehan tahunan atau nilai
                                         kontrak bagi menentukan kaedah perolehan secara sebut  harga.
                                         PMP      dilarang    memecah       kecilkan    perolehan     bekalan,
                                         perkhidmatan  atau  kerja  bagi  mengelakkan  pelawaan  sebut
                                         harga/tender.

                                  (b)    PMP  dibenarkan  untuk  melaksanakan  perolehan  secara pakej
                                         merangkumi  kerja  induk  dan  kerja  melibatkan  Wang Kos  Prima
                                         bagi  perolehan  kerja.  Walau  bagaimanapun,  PMP  hendaklah
                                         mensyaratkan  kontraktor  induk  melantik  subkontraktor  yang
                                         berdaftar  dengan  CIDB  dan  mempunyai  Sijil  Perolehan  Kerja
                                         Kerajaan  (SPKK)  dalam  Gred, Kategori dan Pengkhususan yang
                                         berkenaan.






                                                         M.S. 14/132
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84