Page 121 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 121

Keputusan Ujian SEGAK

             Ujian SEGAK dijalankan pada setiap bulan Mac dan Ogos di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
             Ujian SEGAK bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal dan komposisi badan murid-
             murid agar mereka boleh memantau tahap fizikal serta kesihatan sepanjang masa. Ujian SEGAK
             boleh dijadikan panduan dalam merancang pelan intervensi agar tahap kecergasan dapat
             dipertingkatkan.                                                                           KECERGASAN FIZIKAL  BERDASARKAN KESIHATAN

            Nama: Mohd Zakuan Shah Bin Azmi                        Kelas: 5 Amanah
            Nama Sekolah: SMK Mutiara                              No. Tel. Sekolah:  06-9535217
            Nombor Kad Pengenalan: 040303–01–5247                  No. Tel. Penjaga:  010-123456789


                Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
                                               Sekolah Menengah
            Keputusan Ujian SEGAK:
                                         Berat (kg)         Tinggi (sm)              BMI
              Tingkatan     Kelas
                                       Mac      Ogos      Mac       Ogos       Mac        Ogos

                  5        Amanah       65        53       155      165        27.0        19.6
                                                                              Berat       Berat
                                        Status
                                                                            berlebihan   normal

            Skor Ujian SEGAK:

              Tingkatan     Kelas      Naik     Tekan   Ringkuk   Jangkauan              Status
                                      Turun               Tubi                 Gred
                  5        Amanah     Bangku     Tubi    Separa    Melunjur            Kecergasan

                      Mac                2         1        1          2         E    Tidak cergas

                                                                                       Kecergasan
                      Ogos              4         4         5          4         B
                                                                                          tinggi

             Program Kecergasan Berdasarkan Keputusan Ujian SEGAK: Anda Ingin Turunkan Berat Badan?



                    INFO EKSTRA

               •  Di  samping  melakukan  latihan  kecergasan,  pastikan  anda  mengikut
                 Panduan Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu:
                 –  1/4 makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, produk bijirin
                    dan ubi.
                 –  1/4 makanan tinggi protein seperti kekacang, ikan, daging dan ayam.
                 –  1/2 makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
               •  Pengambilan makanan yang sederhana dan mengikut jadual makan yang
                 teratur akan menjamin penurunan berat badan serta pencapaian kesihatan
                 yang optima. (Sumber: KKM, 2019)
                                                                                                   113
                                                    SP    3.1.1, 3.2.1, 3.2.2, 4.1.1, 4.2.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.3
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126