Page 124 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 124

Latihan Pengukuhan







           1  Apakah komponen-komponen kecergasan yang terdapat dalam Kecergasan Fizikal
               Berdasarkan Kesihatan?
               A  Kekuatan, kuasa, ketangkasan, koordinasi dan lari pecut.
               B  Daya tahan kardiovaskular, kelajuan, masa reaksi dan naik turun tangga.
               C  Kekuatan, kapasiti aerobik, daya tahan otot, kelenturan dan komposisi badan.
               D  Kemahiran mengelecek, mendaki gunung, berenang, berbasikal dan kelenturan.

           2  Antara berikut, ujian yang manakah boleh mengukur daya tahan dan kekuatan otot murid?
               i.  Tekan tubi
               ii.  Jisim badan
               iii.  Naik turun tangga
               iv.  Ringkuk tubi separa
               v.  Jangkauan melunjur
               A  i, ii dan iii
               B  iii, iv dan v
               C  ii, iii dan iv
               D  Tiada jawapan

           3  Berikut ialah pertimbangan yang perlu difikirkan jika anda ingin merancang program
               mengurangkan berat badan kecuali
               A  Gaya hidup sanitari.
               B  Pemakanan seimbang.
               C  Latihan kecergasan mingguan.
               D  Kekerapan latihan (frekuensi).

           4  Bagaimanakah kaedah untuk menentukan pemilihan intensiti latihan untuk kapasiti aerobik?
               A  Berhenti apabila penat.
               B  Lakukan aktiviti anaerobik secara berterusan setiap hari.
               C  Kira peratusan intensiti latihan dari Kadar Nadi Maksimum.
               D  Kira BMI dan lakukan latihan mengikut peratusan berat badan.

              AKTIVITI  PAK 21

           5  Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan berlapan. Mereka diminta untuk merancang
               program 1 minggu kecergasan fizikal dan kawalan berat badan untuk murid-murid berumur
               17 hingga 19 tahun. Setiap kumpulan mesti mencadangkan program latihan dan senaman
               yang berbeza antara satu sama lain berserta cadangan pemakanan. Ketua kumpulan akan
               melantik dua orang pembentang untuk membentangkan rancangan program tersebut. 20
               minit diberikan untuk merancang program dan 5 minit untuk pembentangan.




       116
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129