Page 123 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 123

Program Latihan Anda (8 - 12 minggu)
               -   Latihan daya tahan dan kekuatan otot dilakukan berselang hari dengan
                   latihan-latihan kapasiti aerobik dan latihan kelenturan.
               -   Susunan program latihan ini akan memberi murid masa latihan dan rehat
                   secara seimbang.                                                                     KECERGASAN FIZIKAL  BERDASARKAN KESIHATAN
               -   Lakukan latihan daya tahan dan kekuatan otot 3 hari dalam seminggu,
                   contohnya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.


               Waktu:      5.00 petang                                                  3
               Tempat:     Gelanggang/Dewan Serbaguna
               Peralatan:   Gym-mat, jam randik, bola
               Ulangan:    3 hingga 5 set untuk setiap aktiviti kelenturan
                           (tambah set apabila sudah adaptasi dengan latihan)

               ✔  Lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
               ✔  Lakukan aktiviti menyejukkan badan dan regangan.


             Tip                                                                INFO EKSTRA


             1   Kenal  pasti  hari  dan masa  yang sesuai  untuk         Persediaan mental sangat
                melakukan latihan fizikal dalam seminggu.                 penting bagi meningkatkan
             2  Tetapkan peruntukan masa yang sesuai (minimum 30          lagi motivasi dan berterusan
                minit satu sesi) untuk latihan fizikal.                   melakukan latihan fizikal
             3  Fikirkan jenis-jenis latihan yang bersesuaian dengan      melalui matlamat latihan
                minat,  kebolehan  dan  keupayaan  fizikal.  Elakkan      yang khusus.
                                                                          (Sumber: Morgan & Hassan,
                aktiviti  yang boleh mengganggu  kesihatan  atau          2015)
                keupayaan diri.
             4  Pilih  intensiti  latihan  yang bersesuaian dengan        Pelbagaikan aktiviti fizikal
                kebolehan.  Jika baru  memulakan latihan, pastikan        untuk bersenam, beriadah,
                intensiti  latihan  dimulakan  dengan intensiti  rendah   mengekalkan amalan gaya
                dan  secara  beransur-ansur  meningkatkan  intensiti      hidup aktif dan sihat secara
                                                                          berterusan. Tiada jalan
                latihan yang lebih tinggi dalam jangka masa beberapa      pendek dalam mencapai
                minggu.                                                   kecergasan optimal.
             5  Tetapkan bilangan kekerapan latihan  dan set  yang
                dilakukan hendaklah mengikut keupayaan diri sendiri.
             6  Beri tumpuan untuk meningkatkan kapasiti aerobik,
                kelenturan daya tahan dan kekuatan otot-otot utama.
             7  Peningkatan intensiti  dilakukan secara  beransur-
                ansur dan  program  yang dirancang perlu                       IMBAS QR
                memperuntukkan masa rehat di antara  set                        Program
                dan hari latihan.                                               Latihan
                                                                               Kecergasan
                                                                                                   115
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128