Page 32 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 32

Strategi Serangan



                 emahiran dalam bola keranjang seperti gerak keliru, triple-threat, crossover dan jab step boleh
                 dilakukan dalam strategi menyerang seperti pick and roll dan pass and go. Bola keranjang sering
           Kdimainkan sebagai sukan intermittent yang memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi.
           Setiap pemain pasukan menyerang memerlukan tahap kapasiti aerobik dan anaerobik yang terbaik
           untuk melakukan serangan ke atas pasukan lawan. Struktur permainan ini begitu dinamik kerana
           kelima-lima pemain akan kembali bertahan sebagai pemain pertahanan apabila berlaku serangan
           balas. Pemain-pemain bola keranjang bukan hanya perlu memiliki tahap kecergasan yang tinggi,
           malahan perlu berfikir dan bertindak dengan pantas.
           Pick and Roll


           ➤  Kemahiran serangan pick and roll ini dikenali sebagai ambil dan pusing.
           ➤  Kemahiran-kemahiran jab step dan crossover digunakan dalam strategi serangan ini serta
               kerap berlaku dalam permainan.
           ➤  Strategi serangan ini pada kebiasaannya melibatkan dua pemain sepasukan dan boleh
               mematikan langkah pemain pihak lawan semasa melakukan serangan.
           ➤  Kemahiran ini merupakan salah satu strategi serangan yang berkesan untuk mengelirukan
               dan menewaskan pertahanan pasukan lawan.
           ➤  Terdapat dua cara bagi melakukan strategi menyerang ini mengikut situasi permainan.


               Cara Bermain

           1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
           2  Semua murid akan melakukan kemahiran menyerang pick and roll.
           3  Murid dua (M2) sebagai pemain pertahanan cuba menghalang murid satu (M1) yang
               mempunyai bola.
           4  Murid tiga (M3) yang bertindak sebagai screener akan berlari ke belakang M2 untuk menarik
               tumpuan murid empat (M4) (pemain pertahanan).
           5  M1 akan menggelecek melepasi M2.
           6  M3 akan meloloskan diri ke arah jaring (low-post) dan menerima hantaran daripada M1
               untuk menjaring.
           7  Permainan diteruskan secara bergilir-gilir sehingga kesemua ahli kumpulan berpeluang
               melakukan jaringan.



                 INFO EKSTRA

           Strategi menyerang ini boleh  dilakukan secara  satu  lawan     GLOSARI
           satu, iaitu seorang pemain bertindak sebagai penyerang dan   Intermittent – Sukan berpasukan
           seorang lagi bertindak sebagai pemain pertahanan. Pemain   berintensiti  tinggi dan melibatkan
           penyerang menggunakan kemahiran  triple-threat atau  jab   kemahiran-kemahiran yang
           step supaya dapat mengaburi pemain pertahanan. Pemain     kompleks dalam jangka masa
           penyerang cuba melakukan jaringan tanpa ada pemain yang   yang panjang dengan waktu rehat
           bertindak sebagai screener.                               tertentu di dalamnya.
        24     SP    1.3.1,1.3.3, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.2, 5.5.2
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37