Page 29 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 29
Latihan Pengukuhan
1 Senaraikan kemahiran ragbi sentuh yang perlu dikuasai setiap pemain ketika menyerang
dan bertahan dalam situasi permainan sebenar.
2 Bincangkan bersama-sama rakan, strategi yang sesuai untuk menghadapi pasukan lawan
yang menggunakan strategi menyerang hantaran silang.
3 Jelaskan kepentingan daya tahan, kepantasan dan ketangkasan dalam permainan ragbi sentuh.
4 Berdasarkan rajah di bawah, lukis arah pergerakan yang sesuai untuk pemain pasukan
penyerang menggunakan salah satu strategi menyerang sama ada dari tengah atau sayap.
Kawasan in-goal Kawasan in-goal Garisan gol Garisan gol Garisan 10 m Garisan 10 m Garisan tengah Garisan tengah Garisan 10 m Garisan gol Kawasan in-goal
Garisan gol
Garisan 10 m
Kawasan in-goal
5 Kelab ragbi sekolah anda akan menganjurkan kejohanan ragbi sentuh. Anda diminta
oleh guru untuk menghasilkan sebuah poster dengan tujuan mempromosikan kejohanan
tersebut. Antara maklumat yang diperlukan pada poster tersebut ialah nama kejohanan,
tarikh, masa dan tempat. Anda perlu membuat sebuah poster yang menarik minat murid
untuk menyertai kejohanan tersebut.
21

