Page 130 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 130

4.1      Pilih Atur




                    Menyiasat dan membuat generalisasi tentang petua pendaraban

               Aktiviti Penerokaan          1   Berkumpulan PAK-21
                  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
               Tujuan:  Menyiasat dan membuat generalisasi tentang petua pendaraban dengan menggunakan
                        gambar rajah pokok
               Langkah:
                 1.  Kedai kegemaran anda menawarkan set sarapan       Menu A          Menu B
                   pagi. Berdasarkan menu di sebelah, pilih satu jenis   • Roti canai  • Kuah kari
                   roti dan satu jenis kuah.                         • Roti nan      • Kuah dal
                 2.  Dengan menggunakan gambar rajah pokok,          • Roti jala
                   senaraikan set yang mungkin bagi pilihan anda.
                 3.  Kemudian, tentukan bilangan cara set tersebut boleh dipilih.
                 4.  Tentukan bilangan cara yang boleh dipilih jika kedai tersebut menambah pilihan set
                   dengan menawarkan empat jenis minuman.
                 5.  Bincangkan hasil dapatan anda dengan rakan sekumpulan dan lantik seorang wakil untuk
                   membentangkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.


              Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 1, didapati bahawa pilihan yang dibuat dapat digambarkan
              dengan menggunakan gambar rajah pokok yang berikut.
                                                                                 Sudut Informasi
                                                                                 Sudut Informasi
                                           Kuah kari  {Roti canai, Kuah kari}
                     Roti canai
                                           Kuah dal   {Roti canai, Kuah dal}  Hairi mempunyai 3 buah
                                                                             motor dan 2 buah kereta.
                                           Kuah kari  {Roti nan, Kuah kari}  Bilangan cara untuk Hairi
                      Roti nan                                               menaiki kenderaan ke kedai
                                           Kuah dal   {Roti nan, Kuah dal}   adalah seperti berikut:
                                                                              Motor  atau  Kereta
                                           Kuah kari  {Roti jala, Kuah kari}    3   +    2   = 5 cara
                      Roti jala                                              Kaedah untuk menentukan
                                           Kuah dal   {Roti jala, Kuah dal}  bilangan cara bagi peristiwa
                                                                             yang tidak berurutan dan
                   Terdapat enam cara yang mungkin bagi memilih set          saling eksklusif ini dikenali
              sarapan pagi itu. Selain daripada menyenaraikan kesudahan      sebagai petua penambahan.
              yang mungkin, kaedah lain yang boleh digunakan adalah dengan
              mendarabkan bilangan kemungkinan bagi setiap peristiwa.

                                    3 jenis roti × 2 jenis kuah = 6 cara memilih set

                   Sekiranya kedai tersebut menambah pilihan set dengan menawarkan empat jenis minuman,
              bilangan cara memilih set sarapan pagi ialah:
                           3 jenis roti × 2 jenis kuah × 4 jenis minuman = 24 cara memilih set

                   Kaedah seperti di atas dikenali sebagai petua pendaraban.
               120                                                                             4.1.1
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135