Page 243 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 243

PENGATURCARAAN                                               George Bernard Dantzig (1914 - 2005) ialah




 LINEAR                                                       seorang saintis matematik Amerika yang
                                                              dikenali kerana sumbangan beliau dalam
                                                              bidang kejuruteraan industri, penyelidikan
                    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                                                              statistik.
                Perniagaan dengan menggunakan trak            operasi, sains komputer, ekonomi dan
                makanan semakin popular di Malaysia.                 Beliau dikenali kerana menggunakan
                Adnan bercadang untuk memulakan               perkembangan algoritma untuk
                perniagaan menggunakan trak                   menyelesaikan masalah
                makanan. Berdasarkan hasil kajiannya,         pengaturcaraan linear.
                Adnan mendapati bahawa perniagaan
                trak makanan sangat sesuai dijalankan          Untuk maklumat lanjut:
                di kawasan perumahan dan lokasi
                bandar yang rata-rata penduduknya
                bekerja hingga lewat malam. Beliau
                telah membuat pelan perniagaan                                       bit.ly/3jcSRZG
                dengan mengambil kira modal yang
                ada, jumlah trak makanan yang
                diperlukan dan masa beroperasi. Beliau               Kepentingan Bab Ini
                juga ingin menyediakan perkhidmatan
                tempahan makanan secara dalam                     Pengaturcaraan linear digunakan
                talian. Beliau telah membuat kajian               secara meluas dalam bidang sains
                berkaitan kecerdasan buatan dalam                 ekologi, pengangkutan dan organisasi
                memajukan perniagaan. Bolehkah                    perniagaan untuk meminimumkan kos
                beliau memastikan perniagaannya                   dan memaksimumkan keuntungan.
                mendapat keuntungan yang maksimum                 Pakar-pakar perisian komputer
                dengan modal yang minimum? Adakah                 menggunakan pengaturcaraan linear
                perniagaannya akan memperoleh                     untuk menyelesaikan ribuan pemboleh
                keuntungan yang berlipat ganda                    ubah dan kekangan berkaitan masalah
                dengan menggunakan kecerdasan                     rutin harian.
                buatan, AI? Pengetahuan yang
                luas dalam bab ini akan membantu                  Pengurus-pengurus firma
                seseorang usahawan memaksimumkan                  menggunakan pengaturcaraan linear
                keuntungan dan meminimumkan                       dalam merancang dan membuat
                kos pengeluaran.                                  keputusan berdasarkan sumber-sumber
                                                                  yang ada.






                                                                Model matematik    Mathematical model
                                                                Kekangan           Constraint
                                                                Fungsi objektif    Objective function
                      Video mengenai                            Rantau tersaur     Feasible region
                      kecerdasan                                Pengoptimuman      Optimization
                      buatan (AI).

                                     bit.ly/2YQ1Kjo
                                                                                                233
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248