Page 43 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 43

Bab 1  Mikroorganisma

                    1.3         Pencegahan dan Rawatan Penyakit yang


                                Disebabkan oleh Mikroorganisma



                  Selain mikroorganisma berfaedah, wujud juga
                  mikroorganisma berbahaya yang dikenali
                  sebagai patogen yang dapat menyebabkan
                  penyakit. Bolehkah kita mencegah diri
                  daripada jangkitan patogen?
                      Perhatikan aktiviti seperti Gambar foto 1.9.
                  Apakah kegunaan antiseptik dalam aktiviti yang
                  ditunjukkan dalam gambar foto tersebut?
                  Namakan teknik yang diaplikasikan dalam
                  aktiviti itu.


                  Teknik Aseptik

                  Teknik aseptik merujuk kepada
                  prosedur kesihatan yang dijalankan
                  untuk menghalang jangkitan patogen
                  atau menyingkirkan patogen yang
                  sedia ada. Oleh yang demikian,                            Gambar foto 1.9  Penggunaan
                  teknik aseptik adalah bertepatan dengan                   antiseptik seperti alkohol disapu
                  ungkapan ‘mencegah lebih baik daripada                    pada anggota badan sebelum
                  merawat’. Hal ini bermaksud mencegah seseorang            suntikan diberikan
                  daripada dijangkiti oleh patogen adalah lebih baik
                  daripada merawat seseorang yang telah dijangkiti
                  oleh patogen tersebut. Berdasarkan Rajah 1.35,
                  teknik aseptik yang manakah yang pernah anda
                  gunakan? Apakah tujuan penggunaannya?



                                                       Teknik aseptik









                                                         Penggunaan       Penggunaan       Penggunaan
                       Pensterilan      Pendidihan
                                                          antiseptik      disinfektan       sinaran

                                                 Rajah 1.35  Teknik aseptik





                   1.3.1   1.3.2                                                                     33
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48