Page 126 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 126

Darah Sateria







                            1.  Baca  kedua-dua  bahan  dengan  menggunakan  teknik  QUACK.  Kemudian,
                               banding  dan  bezakan  kisah Fort Margherita  dengan  peristiwa  Singapura
                               Diserang Todak.
                            2.  Kategorikan  golongan  kata  tugas  praklausa  dan  pascakata  yang  terdapat
                               dalam bahan. Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
                            3.  Terokai  maklumat  yang  berkaitan  dengan  penentangan  terhadap  penjajah
                               dan ceritakannya kembali.
             TEMA 8  “Kita serang dari sungai. Aku sudah beberapa kali menjala di situ. Ya, aku sudah tahu benar                                                                                                             TEMA 8
                                        Fort Margherita



             Dalam Lipatan Kenangan  keadaan di situ. Aku pasti kita berjaya mendaki tebing tinggi hingga ke kubu. Kita bergerak                                                                                             Dalam Lipatan Kenangan

                  malam ini.” Suntong memerhati bebola mata tujuh orang rakan pejuang bergilir-gilir. Suntong
                  yakin  sesungguhnya  dia  dan  rakan-rakan  akan  berjaya  sekali  lagi.  Cekapnya  lapan  orang
                  pejuang  bekas  Renjer  Sarawak  itu  memang  tidak  boleh  dipertikai.  Selepas  pembubaran
                  Renjer Sarawak, pejuang itu memenuhi dada dengan ilmu persilatan.

                     Pada  malam  penentuan  itu,  kecekapan,  pengalaman,  dan  ilmu  telah  menjayakan
                  pejuang-pejuang  mendaki  tebing  curam  berlumut  secara  senyap.  Belukar  dan  siratan
                  akar-akar kayu dirempuh dengan mudahnya. Suntong dan rakan-rakan bersiap sedia dengan
                  rifle  dan  machine gun.  Muncung  dihala  setepat-tepatnya  ke  arah  pengawal  yang  sedang
                  berjalan mundar-mandir di atas benteng panjang di sebelah kiri kubu.
                     Dengan isyarat tangan, Suntong memberikan arahan untuk menembak. Gema tembakan
                  bagaikan bertih digoreng tepat mengenai sasaran. Pengawal di atas kubu jatuh satu per satu.
                  Kemudian, naik beberapa orang lagi ke atas benteng. Tembakan berbalas dari Fort Margherita.
                  Suntong melontar pula bom tangan sekuat hati. Bom jatuh di dinding dan menggegarkan
                  kubu. Tembakan dari arah kubu semakin rancak dituruti dentuman bom.
                     “Cis, kaurasakan ini musuh durjana!” Suntong geram.
                     Suntong semakin bersemangat dan geramnya menggila untuk memusnahkan kubu. Dia
                  berlari sambil menembak dan berguling-guling berlindung di tanah tinggi rendah. Dengan
                  semangat dan keberanian di tahap puncak, dia menghampiri kubu dan melontarkan bom
                  tangan sekuat tenaga.
                     “Nah, kaurasakan dentuman bom ini!” jeritnya bersemangat.
                     Sasaran tepat, bom melambung tinggi, dan menjunam di tengah kubu. Hati Suntong puas
                  melepaskan geram. Dia berundur menghampiri rakan di tebing sungai. Dia tahu pasukannya
                  kurang peluru. Bom tangan pun sudah habis.
                     Tiba-tiba, tembakan datang dari arah kanan kubu. Tembakan itu disasarkan ke arah kubu.
                  Tembak-menembak saling berbalas.
                     “Siapakah yang mara itu?" tanya salah seorang rakan pejuang.
                     “Ayuh  kita  berundur  menuruni  tebing  curam.  Itu  tentera  Maeda.  Biar  pemusnah
                  memusnahkan perosak. Jangan ganggu tugas mereka.” Suntong bergerak ke arah tebing tinggi
                  dan turun ke sungai dituruti rakan-rakan tanpa cedera.

                         (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Fort Margherita” oleh Mohd. Ali Salim
                                   dlm. Karya Sasterawan 2011,  hlm 95 - 96 . 2012, Persatuan Penulis  Nasional Malaysia)
                104                                                                                                                                                                                                 105
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131