Page 129 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 129

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan
                      lagi suatu mata pelajaran yang asing kepada
                      murid-murid. Sejak sekolah rendah, mereka sudah
                      mempelajari mata pelajaran ini. Tambahan pula, mata
                      pelajaran  Sejarah  telah  diwajibkan  lulus  bagi  semua
                      calon  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  mulai  tahun  2013.
                      Walau bagaimanapun, terdapat murid yang beranggapan bahawa
                       Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan
                       sedangkan banyak faedah yang dapat diperoleh melalui mata pelajaran ini.
                          Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi sesuatu kesilapan.
 TEMA 8  Kepentingan     Banyak  kesilapan  manusia  berlaku  kerana  tidak  mengambil  iktibar  daripada        TEMA 8
                       sejarah. Kesilapan yang telah kita lakukan dahulu sepatutnya menjadi pengajaran,

 Mempelajari Sejarah   manakala  kebaikan  yang  dicapai  kita  teruskan.  Bak  kata  pepatah  Melayu,  yang
                       baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sebagai contoh, negara
                       kita  pernah  dijajah  oleh  negara  asing  sejak  tahun  1511  hingga  1957.  Kesilapan
 Dalam Lipatan Kenangan  yang dilakukan ini tidak harus diulangi oleh generasi kini. Sebaliknya, kita mesti      Dalam Lipatan Kenangan

                        mempertahankan dan membangunkan negara.
                           Selain itu, sejarah menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa.
                        Martabat  sejarah  perlu  diangkat  untuk  membentuk  keperibadian  rakyat.  Mata

                        pelajaran Sejarah berperanan sebagai alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi
                        negara yang tercinta ini. Dalam hal ini, pengetahuan sejarah khususnya sejarah
                        kebangsaan  akan  membolehkan  sesuatu  bangsa,  terutamanya  generasi  muda
                        menjadi  lebih  prihatin  terhadap  bangsa  dan  pembangunan  negaranya.  Rakyat
                        yang mengenali sejarah akan bersikap lebih menghargai tanah airnya.
                            Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan
                        dan undang-undang dalam pembentukan negara ini. Oleh yang demikian, mereka

                         tidak akan bertindak sesuka hati dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak
                         akan melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia.
                         Mereka  akan  menjauhi  perbuatan  jenayah  dan  rasuah  kerana  tindakan  akan
                         diambil terhadap mereka mengikut lunas undang-undang. Mereka juga tidak akan
                         melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

                         Hal ini dikatakan demikian kerana pengetahuan tentang sejarah dapat melahirkan
                            Penghayatan terhadap sejarah juga dapat membentuk semangat patriotisme.
                         rasa bangga terhadap negara. Mata pelajaran Sejarah mendedahkan tokoh-tokoh
                         pejuang tanah air kepada murid. Mereka akan mengenali perjuangan tokoh yang
                         menentang  penjajah  yang  menindas  rakyat  di  negara  ini  suatu  ketika  dahulu.
                          Melalui  sejarah,  pengalaman  masa  lampau  merupakan  satu  rujukan  untuk
                          dijadikan teladan dalam merencanakan masa hadapan.







                       3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang
                           gramatis dan ungkapan yang menarik.
                                                                                                        107
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134