Page 131 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 131
Kain telepuk dianggarkan telah mula diusahakan
sejak abad ke-17 hingga abad ke-18. Kain ini
diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang
Bugis yang datang dari Sulawesi. Pada masa ini,
kesenian telepuk masih dihidupkan walaupun
tidak secara besar-besaran. Kain telepuk ini dapat
bertahan lama. Hal ini terbukti dengan adanya
kain telepuk yang berusia antara 100 tahun hingga
250 tahun milik koleksi perseorangan.
Proses menggerus
(Sumber: http://informasikraf.blogspot.com/2012/04/
telepuk.html)
Menggunakan siput gerus, bertujuan untuk
TEMA 8 menggilap dan melicinkan kain. Proses ini TEMA 8
dilakukan sebelum proses menelepuk.
Dalam Lipatan Kenangan Dalam Lipatan Kenangan
Melekatkan kepingan perada emas Menanggalkan bahagian perada emas
pada kain yang telah bergam. yang tidak bergam.
Antara motif kain telepuk
Bunga pecah lapan dilengkapkan Bunga cengkih disusun dalam Bunga pecah empat yang berkembang
dengan dua helai daun dan putik. bentuk bunga pecah empat. menjadi bunga pecah lapan.
1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan
betul, tepat dan bermakna.
4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai
dan menarik. 109

