Page 153 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 153
Asrul Sani telah menyediakan satu sinopsis drama untuk
dibentangkan dalam sesi pemilihan penulis skrip.
Jalan cerita yang Watak-watak yang
pelbagai
menarik
karakter
Kelebihan
Mempunyai
unsur
Skrip Drama kejutan
Dialog-dialog yang
penuh emosi
Asrul Sani Cerita
yang lain
Memberikan daripada yang lain
mesej TEMA 10
yang baik
Ditulis berdasarkan
kajian
Tahukah anda?
Skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen. Dalam dua genre ini, Bahasa Bugar, Sastera Kekar
situasi dan latar bagi peristiwa yang berlaku akan dijelaskan secara
rinci kepada pembaca. Dalam skrip drama pula, pembaca hanya akan
diberikan gambaran umum tentang situasi, latar, atau tempat.
Skrip drama digerakkan oleh dialog. Mesej dan pemikiran
pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak yang berinteraksi
dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan
gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang melalui
unsur-unsur dramatik dalam dialog.
Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh
mewujudkan konflik dalam drama. Sebagai contoh, dialog boleh
menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan sebagainya.
Drama yang baik juga harus mempunyai unsur ketegangan, kejutan,
dan seharusnya mampu menimbulkan rasa ingin tahu penonton.
1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
pendidikan dan kerjaya dengan yakin.
130 131

