Page 155 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 155

Novel Ayahanda mengisahkan pandangan dan perasaan jujur
                                            seorang anak terhadap kerenah bapa dan ibunya yang lanjut usia.
                                            Walau bagaimanapun, kisah mengenai ibunya hanyalah sampingan,
                                            manakala tumpuan diberikan terhadap bapanya setelah ketiadaan
                                            ibunya. Perpisahan antara kedua-dua insan ini menyebabkan bapa
                                            sering dilanda rasa sepi yang amat sangat dan tersisih, seolah-olah
                                            kedua-dua mereka tidak boleh berpisah.
                                              Menurut Shahnon Ahmad, bahasa yang digunakan dalam
                    Ayahanda mudah difahami sekalipun Azizi banyak memaparkan dialek Kedah.
                    Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakan yang ditimbulkan dalam novel ini kadang-kadang
                    mengundang rasa hiba, sedih pilu, terasa marah, dan pada masa yang sama penuh dengan
                    lelucon dan gelak ketawa. Watak-watak yang ditonjolkan dalam novel ini merupakan watak
                    sebenar yang hidup dalam alam realiti. Hal ini turut diakui Azizi yang menyatakan bahawa
                    Ayahanda merupakan satu usaha merakamkan kehidupan bapanya yang menjadi sumber
                    kekuatan dan idea baginya untuk berkarya, selain ibunya sendiri.
                                     (Sumber:  Nursafira Lubis dan Asem Shehadeh Ali. Nilai-nilai dalam "Ayahanda"
                                              karya Azizi Haji Abdullah dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa
                                              Kelestarian Insan. 9 - 10 April 2014, Batu Pahat, Johor)


                                             Novel Harga Sebuah Maruah memenangi tempat kedua Sayembara           TEMA 10
                                             Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa
                                             dan Pustaka. Novel ini memaparkan kisah Cah sebagai watak
                                             utama, seorang ibu tua yang mengerjakan tanah sawah yang
                                             ditinggalkan oleh arwah suaminya. Beliau mempunyai dua
                                             orang anak lelaki, iaitu Sulaiman dan Hijrah. Dua orang anaknya
                                             mempunyai perwatakan yang berbeza, Sulaiman lebih terpelajar
                                             berbanding dengan Hijrah yang hanya mendapat pendidikan
                    di sekolah kampung. Sulaiman hidup makan gaji di Kuala Lumpur, manakala Hijrah pula
                    hanya membantu Cah mengusahakan beberapa lot tanah sawah peninggalan arwah bapanya.           Bahasa Bugar, Sastera Kekar
                       Konflik timbul apabila hak pengambilan tanah untuk pembangunan di Kertau
                    membimbangkan Cah. Cah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan
                    tanah sawah yang bukan sahaja menjadi sumber rezeki, malahan dianggap sebagai
                    lambang maruahnya. Hijrah yang digambarkan sebagai bodoh-bodoh alang sanggup
                    mempertahankan tanah sawah tersebut sehingga tindakannya menyebabkan dia ditangkap
                    dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa.
                       Walaupun telah ditawarkan dengan jumlah wang yang lumayan, Cah tetap setia
                    mempertahankan prinsip untuk tidak menjual tanah bendangnya. Keberanian Hijrah
                    menyemai rasa bangga dalam hati Cah apabila Hijrah tetap teguh dan tidak berganjak dengan
                    tawaran jumlah wang yang bakal diberikan. Baginya, jika tanah tradisinya digadaikan, maka
                    samalah juga seperti dia menjual maruah dan harga dirinya sebagai pesawah kepada orang
                    lain. Konflik semakin meruncing apabila Sulaiman menentang hasrat Cah dan mahu menjual
                    tanah sawah itu kepada kerajaan.
                                                              (Sumber: Hasni Jamali, Dewan Sastera, Bil. 12, 2013)





                         2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
 132                                                                                                     133
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160