Page 157 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 157

Bahasa Pakaian Budaya



                                 Pejuang Bahasa
                                 @Mat_Aini



                     Kita sering mendengar ungkapan seperti bahasa jiwa bangsa, bahasa ialah pakaian
                     budaya, dan bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Ungkapan tersebut
                     memberikan gambaran bahawa penggunaan bahasa yang baik menjadi tuntutan dalam
                     kehidupan harian.
                     4:34 petang      12 April 2019


                     10 Perkongsian           45 Suka

                                  Bola Naga @Durga_Dewi ● 1h
                                  Ya, saya bersetuju. Setiap ucapan kita biarlah disampaikan dalam bahasa yang
                                  sopan serta membawa kebaikan. Adakalanya adalah lebih baik kita diam daripada
                                                                                                                  TEMA 10
                                  mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan atau menyakitkan hati orang lain.
                                                  5            13

                                  LXM @LimXinMin ● 1h
                                  Malangnya penggunaan bahasa yang tidak sopan semakin kerap membanjiri
                                  media  sosial.  Begitu  juga  penggunaan  bahasa  yang  melanggar  peraturan
                                  tatabahasa. Ada juga netizen yang menggunakan perkataan atau ejaan yang
                                  tidak wujud dalam kamus dengan sesuka hati.

                                                  6            12

                                  Pejuang Bahasa @Mat_Aini ● 1h                                                   Bahasa Bugar, Sastera Kekar
                                  Benar, Xin Min. Saya kerap membaca ejaan ungkapan Inggeris yang dimelayukan
                                  seperti “kipidap” dan “yukenduit”. Remaja juga gemar mencipta ejaan baharu yang
                                  kadang kala sukar untuk dibaca oleh orang yang lebih dewasa.

                                                  3            21

                                  LXM @LimXinMin ● 1h
                                  Tanpa disedari, mereka telah merosakkan bahasa dan merendahkan martabat diri
                                  penutur bahasa Melayu.
                                                  5            12

                                  Bola Naga @Durga_Dewi ● 1h
                                  Netizen sepatutnya menggunakan bahasa yang betul dan sopan dalam media
                                  sosial. Mereka juga mestilah menggunakan nahu, kosa kata, dan ejaan yang betul.
                                  Netizen yang melanggar tatasusila dalam berbahasa pula sewajarnya ditegur.

                                                  6            11


                         3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
 134                     4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila.  135
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162