Page 190 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 190

Hutan Kecilku







                            1.  Kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, berunding
                               dengan ahli kumpulan anda untuk menyelesaikan masalah secara kritis
                               dan rasional menggunakan bahasa yang santun.
                            2.  Kenal pasti pola ayat dasar dalam bahan. Kemudian, bina perenggan
                               dengan menggunakan ayat dasar tersebut.
                            3.  Berunding dalam kumpulan tentang cadangan pelaksanaan projek
                               terarium. Kemudian, bentangkan cadangan tersebut untuk memilih
                               cadangan yang terbaik.

                                                     Terarium

                  Encik Rozman bin Sharif telah menugaskan murid Tingkatan 4 Sinergi untuk menjalankan
                  projek penanaman pokok hiasan di bilik darjah. Oleh itu, murid-murid telah berbincang
                  dalam  kumpulan  untuk  mencadangkan  projek  yang  sesuai  berserta  rasionalnya  secara
                  ringkas. Yang berikut ialah catatan yang disediakan oleh setiap kumpulan.

                   Kumpulan 1
                   Cadangan: Terarium Tertutup
             TEMA 12  •  Taman mini di dalam bekas lut sinar.                                                                                                                                                                TEMA 12

                   •  Bekasnya bertutup.
                   •  Bekasnya pelbagai bentuk.
                   •  Bentuk bekasnya menarik.
                   •  Tumbuhan yang sesuai tumbuhan tropika.
                   •  Penyediaannya agak sukar.
                   •  Penjagaannya agak mudah.
                   •  Penyiraman tidak perlu kerap.
            Asli dan Kontemporari  •  Bekas tertutup mengelakkan jangkitan kulat.                                                                                                                                            Asli dan Kontemporari
                   •   Penutup perlu dibuka seminggu sekali.



                   Kumpulan 2
                   Cadangan: Terarium Terbuka
                   •  Terarium cantik.
                   •  Terarium tidak memerlukan ruang yang luas.
                   •  Bekasnya daripada bahan terbuang.
                   •  Taman mini hutan hujan tropika.
                   •  Tumbuhan yang sesuai tumbuhan yang
                       menyimpan air.
                   •  Penyiramannya perlu kerap.
                   •  Tumbuhan berbunga tidak sesuai.
                   •  Kos pembuatannya rendah.
                   •  Terarium menyegarkan udara bilik.
                   •  Penyediaannya mudah.
                168                                                                                                                                                                                                 169
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195