Page 185 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 185

Kumpulan Caklempong

                       Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser)

                    Kumpulan  Caklempong  Saser  ditubuhkan  pada  tahun  2007  di  bawah  bimbingan
                    Puan Aini Haziah binti Amirullah dengan bantuan khidmat jurulatih dari Jabatan Kebudayaan
                    dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS). Pada tahun 2009, di bawah bimbingan
                    Cikgu Fizzy Sherani binti Mohd. Izhar, Kumpulan Caklempong Saser mulai berkembang
                    dan berjinak-jinak dengan pertandingan serta persembahan di luar sekolah. Pencapaian
                    kumpulan ini begitu memberangsangkan dalam pertandingan yang disertai. Namun,
                    pelbagai cabaran perlu ditangani untuk memastikan kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan.
                    Antara  cabaran  tersebut  ialah  kesukaran  untuk  mendapatkan murid  yang  mahir  atau
                    mempunyai kemahiran asas muzik caklempong, kekangan waktu untuk latihan, dan kekangan
                    kewangan kerana kos untuk membaiki kerosakan alat muzik dan kos tenaga pengajar luar
                    agak tinggi.
                    Pencapaian Caklempong Saser
                    Pertandingan Caklempong
                    1.  Festival Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan
                       • 2010: Tempat ke-4                            • 2012: Johan
                    2.  JKKNNS
                       • 2010: Juara Keseluruhan dan Gubahan Terbaik  • 2012: Johan
                    3.  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan
                       • 2011: Johan Keseluruhan dan Gubahan Terbaik  • 2015: Johan dan Anugerah Emas
 TEMA 12                 • 2013: Naib Johan dan Persembahan Terbaik   • 2019: Anugerah Emas                      TEMA 12
                       • 2014: Naib Johan dan Persembahan Terbaik
                    Persembahan
                    1.  2011: Asian Gifted Student Fair di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
                    2.  2015: Youth Tourism Fair dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record apabila
                              berjaya membuat persembahan caklempong selama 36 jam tanpa henti.
                    3.  2015:  4  Regional Conference on Educational Leadership and Management  (RCELAM)
                             th
                              di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
 Asli dan Kontemporari        DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.                           Asli dan Kontemporari
                    4.  2019: Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Hari Keputeraan Ke-71




















                                                     (Sumber: Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER))

                       2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
 162                                                                                                    163
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190