Page 214 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 214

Mitos Perubatan





                             1.  Baca teks dengan telitinya. Kemudian, ulas pandangan penulis.
                             2.  Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan
                                songsang, dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
                             3.  Tulis soalan kepada pakar perubatan. Soalan tersebut mestilah
                                mengandungi ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan
                                songsang, dan ayat majmuk.
                             4.  Dengan merujuk pelbagai bahan, jelaskan perbandingan antara
                                perubatan alternatif dengan perubatan moden.
                                        Tanyalah Doktor Anda



                  Doktor,
                  Saya selalu pulang dari tempat kerja pada pukul 11:30 malam. Oleh itu, saya kerap mandi
                  malam. Sahabat saya berkata bahawa mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
            TEMA 14  Adakah pendapatnya benar?                                                                                                                                                                               TEMA 14


                  Hasnun bin Rizwan,
                  Alor Setar, Kedah.

            Sihat dan Bersih Pilihanku  Paru-paru  berair  ialah  keadaan  terdapatnya  cecair  di  dalam  paru-paru.  Dalam  istilah                                                                                        Sihat dan Bersih Pilihanku
                  Saudara Hasnun,

                  perubatan, keadaan ini disebut sebagai pleural effusion. Antara puncanya ialah kegagalan
                  jantung, jangkitan tuberkulosis, atau masalah paru-paru. Tiada bukti yang menunjukkan
                  bahawa mandi malam akan mengakibatkan paru-paru berair. Jadi, tidak benar pendapat
                  sahabat saudara itu.






                  Doktor,
                  Adakah tindakan mengambil air tulang belakang selamat?

                  Ashokkumar a/l Perumal,
                  Kuala Lumpur.

                  Encik Ashokkumar,
                  Air tulang belakang diambil dengan cara mencucuk jarum pada tulang belakang.
                  Kebiasaannya, ruang antara tulang lumbar ketiga dan keempat, atau keempat dan kelima
                  akan  dicucuk  untuk  mengambil  cecair  yang  mengelilingi saraf  tunjang. Prosedur  yang
                  dinamakan tusuk lumbar (lumbar puncture) ini adalah selamat kerana dilakukan oleh
                  pegawai perubatan yang terlatih. Sangat penting pengambilan air tulang belakang
                  untuk memberikan maklumat tertentu tentang pesakit terutamanya yang melibatkan
                  penyakit saraf.



                192                                                                                                                                                                                                 193
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219