Page 215 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 215

Doktor,
                    Saya penghidap diabetes. Anak saya telah membeli makanan tambahan untuk mengubati
                    penyakit saya. Makanan tambahan ini boleh digunakan untuk menggantikan ubat?


                    Hajah Rasidah binti Baharom,
                    Kota Bharu, Kelantan.

                    Puan Hajah Rasidah,
                    Memang terdapat lambakan produk makanan tambahan yang semakin popular di pasaran.
                    Tambahan pula, pelbagai medium telah digunakan untuk mempromosikan produk tersebut
                    termasuk radio, televisyen, dan media sosial. Ada yang mendakwa bahawa makanan
 TEMA 14            tambahan ini lebih baik berbanding dengan ubat. Akibatnya, ada pesakit yang tidak mahu       TEMA 14

                    mengambil ubat. Sebenarnya, makanan tambahan tidak boleh menggantikan ubat. Semasa
                    membeli bahan ini, pengguna perlu berhati-hati. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak
                    makanan tambahan yang tidak diuji secara menyeluruh dari segi keselamatannya.

 Sihat dan Bersih Pilihanku  Doktor,                                                                             Sihat dan Bersih Pilihanku






                    Apabila demam atau sakit kepala, saya selalu makan parasetamol.
                    Saya pernah terbaca dalam media sosial bahawa sebiji parasetamol
                    akan kekal di dalam badan selama lebih kurang lima tahun. Adakah
                    kenyataan ini betul? Saya sangat bimbang.

                    Jaklin Juanis Konsoi,
                    Sandakan, Sabah.

                    Saudari Jaklin,
                    Parasetamol ialah sebatian yang digunakan sebagai ubat
                    untuk mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit gigi, serta menurunkan suhu
                    badan.  Memang ada  yang berfahaman  bahawa  parasetamol tidak larut  di dalam  badan.
                    Fahaman ini menyebabkan masyarakat bimbang untuk mengambil parasetamol bagi
                    menghilangkan rasa sakit. Mereka risau parasetamol akan kekal di dalam badan dan boleh
                    merosakkan buah pinggang. Saudari Jaklin tidak perlu risau. Sebenarnya, parasetamol
                    hanya kekal di dalam badan selama beberapa jam sahaja dan diuraikan oleh hati, sebelum
                    disingkirkan melalui air kencing.


                       2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
                       2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
                       5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan
                       5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat
                           ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
 192                       majmuk yang betul mengikut konteks.                                          193
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220