Page 216 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 216
Vektor Pembawa Penyakit
1. Analisis perenggan teks di bawah ini sama ada mempunyai kejituan idea atau
tidak. Berikan alasan.
2. Bagi perenggan yang ideanya tidak jitu, betulkan dan tulis teks tersebut
semula. Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan anda.
3. Huraikan aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat.
Hindari Leptospirosis
Forum Generasi Z Leptospirosis
Kesihatan dan Perubatan
TEMA 14 Forum TEMA 14
Apa khabar, rakan-rakan forum? Pada hari ini, saya mahu berbicara
tentang penyakit leptospirosis. Penyakit berbahaya ini lebih dikenali
oleh masyarakat awam di Malaysia sebagai penyakit kencing tikus.
Leptospirosis mula dikesan pada tahun 1886 oleh Adolph Weil. Penyakit
Sihat dan Bersih Pilihanku Tan Mei Jia melalui air atau tanah dan menjangkiti manusia melalui kulit, mata, Sihat dan Bersih Pilihanku
ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan oleh tikus
hidung, atau makanan.
Adakah ahli forum mempunyai maklumat lain tentang penyakit ini?
Ya, saya pernah membaca maklumat tentang leptospirosis.
Bakteria Leptospira memerlukan hos atau perumah untuk hidup.
Kebiasaannya, bakteria ini akan berada dalam buah pinggang hos
tersebut. Hos boleh terdiri daripada tikus dan haiwan lain seperti
anjing, babi, dan lembu. Haiwan-haiwan ini akan membuang air
kencing di atas tanah atau di dalam air yang menyebabkan penyebaran
bakteria tersebut. Orang ramai tidak digalakkan mengunjungi tempat
Kalaiwani yang mempunyai banyak tikus membiak. Mereka boleh dijangkiti
leptospirosis melalui sentuhan pada luka, lapisan mukosa dan
konjunktiva mata, atau minum air tanah yang telah tercemar
dengan Leptospira.
Penyakit ini amat berbahaya jika tidak dirawat dengan segeranya. Oleh
itu, rawatan segera perlu diberikan untuk mengelakkan kejadian yang
tidak diingini. Antara simptom jangkitan termasuklah demam panas,
sakit kepala yang teruk, badan menggigil, sakit otot, muntah, dan
mengalami kekuningan pada kulit dan mata. Tanda-tanda lain adalah
seperti mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan ruam. Jika rawatan awal
tidak diberikan, pesakit boleh mengalami kerosakan buah pinggang,
Haji Alias serta keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Pesakit boleh
mengalami kegagalan hati, sesak nafas, dan pendarahan paru-paru.
194

