Page 223 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 223

Cegah sebelum Parah








                              1.  Baca kenyataan akhbar di bawah dengan telitinya. Kemudian, olah maklumat
                                 yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut dalam bentuk grafik.
                              2.  Ulas isu dan jelaskan langkah pencegahannya.



                        Situasi semasa Demam Denggi, Zika, dan

                                        Chikungunya di Malaysia


                    Denggi, chikungunya, dan zika disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk
 TEMA 14            Aedes. Pesakit yang menghidap denggi akan mengalami gejala seperti demam panas, pening,      TEMA 14
                    sakit di belakang bola mata, sakit otot dan sendi, loya dan muntah, serta ruam. Demam denggi
                    terdiri daripada demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
                    Gejala demam denggi berdarah ialah mudah lebam, pendarahan di bawah kulit, hidung atau
                    gusi, dan boleh diikuti dengan pendarahan pada seluruh badan.
                       Gejala chikungunya pula ialah pening, demam, keletihan, loya dan muntah, sakit otot dan
                      sendi, serta ruam. Dalam keadaan tertentu, sakit sendi akan berterusan selama beberapa bulan
 Sihat dan Bersih Pilihanku  membawa maut.                                                                       Sihat dan Bersih Pilihanku
                    dan ada yang bertahun. Komplikasi ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya kerana boleh


                       Penghidap zika mengalami sakit di belakang bola mata, muntah, cirit-birit, dan sakit pada
                    bahagian perut selepas tiga hingga 12 hari terkena gigitan nyamuk. Dalam jangka masa empat
                    hingga tujuh hari, gejala jangkitan akan berlaku secara sederhana atau kritikal. Gejala ini akan
                    hilang sendiri tanpa sebarang rawatan.
                       Bagi tempoh 2 September hingga 8 September 2018, sejumlah 1627 kes denggi telah

                    dilaporkan di seluruh negara, iaitu peningkatan sebanyak 2.8% berbanding dengan 1583 kes
                    pada minggu sebelumnya. Bermula dari Januari hingga 8 September 2018, sejumlah 51 337 kes
                    denggi dilaporkan di seluruh negara, manakala jumlah kumulatif kematian akibat denggi ialah
                    sebanyak 81 kematian. Sejumlah 550 lokaliti wabak dilaporkan di seluruh Malaysia pada
                    minggu ke-36. Sementara itu, sebanyak 78 lokaliti hotspot melibatkan lima buah negeri, iaitu
                    63  hotspot di Selangor, enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, lima
                    di Pulau Pinang, tiga di Perak dan satu di Kelantan telah dilaporkan.
                       Jumlah kumulatif kes chikungunya bermula dari Januari hingga 8 September 2018 ialah
                    sebanyak 73 kes di Kelantan dan Kedah. Di Kelantan, terdapat 29 kes di Pasir Puteh, 28 kes
                    di Tumpat, enam kes di Kota Bharu. Di Kedah pula terdapat dua kes di Kuala Muda serta
                    masing-masing satu kes di Sik, Meradong, Machang, Kangar, Sepang, Penampang,
                    Baling, dan Kota Setar.
                       Bagi penyakit zika, berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh
                    Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan
                    Perubatan (IMR), didapati 2214 sampel darah dan 11 sampel urin pesakit
                    menunjukkan gejala jangkitan virus zika adalah negatif.


                                  (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

                                                                                                        201
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228