Page 220 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 220

Marah, Jangan Engkau Marah









                            1.  Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam teks tersebut.
                            2.  Olah maklumat tersebut dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
                            3.  Cadangkan cara lain untuk menenangkan diri dan kongsikannya dengan
                               rakan.


                                Redakan Kemarahanmu


                  Perasaan  marah  disebabkan  oleh  faktor  luaran  dan faktor dalaman.
                  Faktor luaran merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. Faktor
                  lingkungan sosial adalah seperti suasana kerja, bebanan tugas, dan
            TEMA 14  sikap  rakan.  Faktor  alam  sekitar  pula  adalah  seperti  cuaca  dan                                                                                                                                 TEMA 14
                  bencana alam. Faktor dalaman pula berkaitan dengan sikap seperti
                  panas baran dan tidak mampu mengawal diri untuk menghadapi
                  tekanan.
                     Apabila anda marah, kadar denyutan jantung dan tekanan
                    darah akan meningkat. Selain itu, tahap hormon tenaga,
            Sihat dan Bersih Pilihanku  itu, anda mungkin akan bertindak agresif terhadap orang                                                                                                                              Sihat dan Bersih Pilihanku
                  adrenalina dan noradrenalina juga akan bertambah. Oleh

                  yang dimarahi. Kemarahan yang tidak dikendalikan
                  dengan baiknya boleh menimbulkan masalah yang lain pula. Perhubungan silaturahim juga
                  akan terjejas.

                     Kemarahan juga menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. Bagi
                  mengurangkan rasa ketegangan tersebut, seseorang perlu kembali ke posisi normal. Sekiranya
                  dia  sedang  marah  dan  ketika  itu  dia  sedang  berdiri,  maka  dia  perlu  duduk.  Seandainya
                  kemarahan semakin sukar untuk dikawal, dia perlu berbaring untuk menenangkan emosi.
                     Seseorang  yang  dalam  keadaan  marah  juga  cenderung  untuk  mengeluarkan
                  kata-kata kesat. Oleh itu, apabila seseorang dalam keadaan marah, dia perlu mendiamkan
                                  diri. Perlakuan diam ini dapat meredakan pertengkaran daripada terus
                                    berlanjutan. Tindakan ini dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk
                                      daripada berlaku dan tidak mengeruhkan keadaan.
                                              Namun demikian, dalam beberapa keadaan kita perlu menunjukkan
                                       perasaan marah. Kita perlu marah dan tidak boleh berdiam diri dalam
                                       mencegah  kebatilan.  Sebagai  contoh,  ibu  bapa tidak  boleh  berdiam
                                       diri sekiranya anak-anak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
                                       Walau bagaimanapun, melepaskan kemarahan dengan cara melampau
                                       seperti bertindak secara fizikal tidak sewajarnya berlaku.

                                               (Sumber: www.myhealth.gov.my/pengurusan-kemarahan/)




                198
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225