Page 229 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 229

menjegilkan matanya, memandang wajah kami bergilir-gilir lalu mencampakkan kertas
                    kerja ke arahku.
                       “Saya mahu kamu berdua buat penyelidikan semula. Ambil kira semua faktor termasuk
                    kemampuannya untuk bersaing dalam tempoh yang lama. Pastikan juga kenderaan
                    kita bercirikan Internet benda (IoT). Saya beri tempoh seminggu sahaja!” Begitu kejam
                    Doktor Fiq menjatuhkan hukuman yang menyebabkan kami terpaksa membawa tilam dan
                    bantal selama seminggu ke makmal.
                       “Min, giliran kita tak lama lagi! ” Lamunanku tentang kisah setahun yang lalu tiba-tiba
                    hilang sekelip mata. Aku bingkas bangkit lalu membetul-betulkan kain tudung dan baju.
                       “Cantik dah tu, Cik Yazmin. Lebih cantik lagi kalau berdiri di sebelah prototaip J-Bat yang
                    pasti akan jadi hebat!” Usik Olan sambil tersenyum bangga. Gembira dengan usikan Olan,
                    aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Aku yakin, masa
                    hadapan akan berada dalam genggaman.




                                         Kenderaan Masa Hadapan

                     Sesuatu ciptaan baharu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan menyelesaikan
                     masalah pengguna. Sesuai dengan konsep tersebut, kenderaan masa hadapan juga                 TEMA 15
                     dicipta berdasarkan keperluan dan penyelesaian masalah masa hadapan.


                                                                                                                  Angin Perubahan Membadai
                                                                       Boleh terbang dan tidak
                                                                        memerlukan kawasan yang luas
                                                                        untuk berlepas atau mendarat.
                                                                        Berkelajuan tinggi di jalan raya.



















                                         Mewah dan glamor.
                                         Berkonsepkan gabungan klasik dan moden.
                                         Diperbuat daripada bahan yang ringan
                                        tetapi tahan hentaman kuat.
                                         Memanfaatkan teknologi hijau.



                         2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
 206                         penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.                                 207
                         4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234