Page 232 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 232

Makan Sains, Tidur Sains





                              1.  Dengan berdasarkan bahan, kemukakan idea yang bernas dan
                                 rasional tentang bahan secara bertatasusila.
                              2.  Berbincanglah dengan rakan anda tentang satu projek sains yang
                                 akan dijalankan.


                                   Kembara ke Masa Hadapan

                   Petrosains yang ditubuhkan oleh PETRONAS pada tahun 1999 merupakan
                   sebuah pusat sains kontemporari yang mengetengahkan bahan pameran
                   interaktif dan program saintifik yang menarik. Untuk mendekati orang
                   ramai dan menyebarkan inti pati “Creating Wonder” di seluruh negara,
                   Petrosains telah menubuhkan dan menjalankan pelbagai kegiatan
                   luaran termasuk penubuhan pusat sains mini yang dinamai Petrosains
             TEMA 15  PlaySmart di Kuantan, Pahang, Johor Bahru, Johor, dan Kota Kinabalu,
                   Sabah. Selain itu, pameran bergerak, pertandingan sains peringkat
                   kebangsaan, Festival Sains Petrosains, Cabaran Robotik Petrosains dan
                   banyak lagi turut dijalankan. Cabaran Robotik Petrosains diadakan untuk
                   memperkenalkan dan melatih murid dalam bidang rekaan, pengekodan,
             Angin Perubahan Membadai      1. Robo Tracer
                   dan latihan sensor asas dalam penciptaan robot.





                                           Pertandingan membina robot yang mampu
                                           bergerak mengikut laluan yang disediakan.
                                           Peserta  mengumpulkan mata  pada  setiap
                                           stesen mengikut masa yang diberikan.




                                                            2. Robo Sumo

                                                            Pertandingan pertempuran antara dua
                                  Cabaran Robotik          berjaya menolak keluar pihak lawan dari
                                                            robot di dalam gelanggang. Peserta yang
                                      Petrosains           gelanggang dikira sebagai pemenang.




                                     3. Innovation
                                     Pertandingan mereka bentuk produk inovatif
                                      untuk memerangi isu global berdasarkan
                                      tema yang ditetapkan.


                 210                                                                                                                                                                                                 211
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237