Page 230 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 230

Harga Teknologi





                              1.  Kenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan. Kemudian, betulkan
                                 kesalahan tersebut.
                              2.  Analisis bahan untuk menentukan kejituan idea bahan tersebut.
                              3.  Terokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan dan analisis
                                 kejituan idea dalam bahan tersebut.



                                    Antara Kepentingan dengan Ancaman

                   Populariti robot terbang atau umumnya dipanggil dron semakin meningkat. Ini kerana
                   pada masa kini dron mudah diperolehi di kedai biasa mahupun di kedai dalam talian
                   dengan harga mampu milik.  Penggunaan dron juga menjadi kegilaan di kalangan remaja
                   yang mahu mengikut trend terkini, iaitu mengambil gambar atau video dari sudut jauh
                   atau mengikut pandangan mata burung.  Namun, apa yang  ada pada dron sebenarnya?
             TEMA 15





             Angin Perubahan Membadai


















                       1.  Kegunaan ketenteraan dan keselamatan

                      Dron digunakan seawal Perang Dunia Pertama sebagai sasaran atau aerial target
                      bagi latihan senjata pertahanan udara. Kemudian, dron dibangunkan sebagai
                      peninjau, pengawasan, dan penandaan sasaran semasa peperangan moden  serta
                      sebagai sasaran bagi senjata  anti-aircraft missile. Walau bagaimanapun, antara
                      isu utama yang timbul setelah popularnya dron adalah isu privasi di mana dron
                      membolehkan pengguna mengambil gambar atau merakamkan video dari udara
                      tanpa dikesan oleh mangsa. Malah, di setengah negara termasuk Malaysia juga,
                      undang-undang penggunaan dron  diperkenal bagi menghalang kawasan-kawasan
                      yang berkaitan dengan keselamatan negara diintip dron.



                 208                                                                                                                                                                                                 209
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235