Page 262 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 262

TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DI SINI
                   Halaman 180 – 181 (Soalan 2)
                   Ayat Tunggal Susunan Biasa
                    Bil.         Subjek                                Predikat

                   1.      Anda                 pernah menyaksikan diorama dasar laut?
                   2.      AMUMS                mempunyai pelbagai tarikan.
                   3.      Pembinaan AMUMS  untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
                           ini
                   4.      Ruangan atrium       memaparkan diorama menyelam di Taman Pulau Sipadan.

                   5.      Bayaran masuk        akan dikenakan.
                   6.      Hasil kutipan        adalah untuk pengurusan AMUMS.
                           bayaran masuk
                           tersebut
                   Ayat Tunggal Susunan Songsang
                   1.      Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenai hidupan marin menjadi
                           lebih interaktif.
                   2.      Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka dengan
                           pelbagai hidupan laut.
                   3.      Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marin
                           yang telah diawet secara lebih dekat.
                   Ayat Majmuk
                                                1. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan,
                                                  penyelidikan, inovasi, dan penerokaan.
                   Ayat Majmuk Gabungan         2. Hal ini secara tidak langsung  mampu meningkatkan
                                                  kesedaran tentang kepentingan persekitaran marin
                                                  dalam kehidupan manusia dan membenihkan rasa
                                                  hormat serta perasaan sayang kita kepadanya.
                                                1. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah
                                                  berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti
                                                  Malaysia Sabah (AMUMS).
                                                2. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di kawasan
                                                  pinggir laut sungguh mengagumkan.
                                                3. Digambarkan bahawa kompleks ini dimeriahkan oleh
                   Ayat Majmuk Pancangan
                                                  hidupan marin yang indah dan berwarna-warni.
                                                4. Ruangan ini  menimbulkan sensasi visual seperti berada
                                                  di bawah dasar laut yang kaya dengan biodiversiti marin.
                                                5. Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata
                                                  kita tentang perkaitan antara semua benda hidup dengan
                                                  alam marin  yang kini amat perlu dilindungi.
                                                1. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai
                   Ayat Majmuk Campuran           taranya, terutamanya apabila kita berada dalam situasi
                                                  persekitaran kehidupan marin yang sebenar.

                240
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267