Page 267 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 267

Glosari






                    adrenalina hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal, terhasil
                        daripada rangsangan sistem saraf yang dipengaruhi oleh keadaan cemas atau takut
                    agi idup agi ngelaban selagi nyawa di badan, pasti akan melawan
                    antropologi pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan
                        budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia
                    arus karau arus karnu, aliran air yang mengalir semula ke laut selepas setiap pukulan ombak
                        ke pantai
                    automasi sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yang pada keseluruhannya
                        membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dengan sedikit sahaja atau
                        sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia

                    badan air mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan,  perairan pantai, dan badan air lain,
                        sama ada semula jadi atau buatan
                    batu jatuh glasier batuan asing asalan glasier yang dijatuhkan daripada bongkah ais yang
                        mencair ke dalam batu sedimen
                    biodiversiti  kepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada suatu ekosistem


                    degradasi proses yang melibatkan perendahan permukaan bumi yang lazimnya dilakukan
                        oleh agen seperti atmosfera dan glasier
                    diatonik  berkenaan penggunaan not yang bertepatan dengan tangga nada sahaja
                    diorama  model tiga dimensi yang menggambarkan pemandangan di hadapan latar belakang
                        dua dimensi berbentuk lengkung, untuk membantu pengajaran dengan lebih jelas


                    farmaseutikal bidang yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi
                    filharmonik berkaitan dengan persembahan, penghayatan dan sebagainya; orkestra, muzik
                        dan sebagainya

                    gastronomi kajian, seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yang
                        baik
                    gawal keliru, salah, silap
                    genre kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk,
                          atau kandungan tertentu

                    hari langsung hari majlis perkahwinan dilangsungkan
                    hibrid  anak  haiwan  atau tumbuh-tumbuhan  yang dihasilkan daripada percantuman  dua
                        jenis yang berlainan jenis, kacukan

                    iglu rumah orang Eskimo yang berbentuk seperti kubah
                    imunisasi perihal atau perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan daripada
                        penyakit tertentu menerusi suntikan
                    itinerari  program sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-tempat yang dikunjungi)

                    jongor muncung yang panjang (pada kumbang, ikan, dan sebagainya)



                                                                                                        245
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272